Pages

Tuesday, May 9, 2023

HARI RAYA VS RUMAH TERBUKA

Hari Raya adalah hari untuk kita bersukaria dan raikan kegembiraan bersama keluarga. Tahun 2023 rata-rata kita semua seperti melepaskan geram setelah 2 tahun beraya dalam PKP dan tiada rumah terbuka atau open house. Begitu juga dengan keluarga Mas. Kami bukan saja beraya dalam PKP tetapi kami seperti double PKP. Sebenarnya ujian ini bermula 2019 tapi ia berlanjutan dan kemuncaknya 2022. 


Gambar terakhir sebelum asben tidak lagi boleh berjalan.
Gambar sempena kami berjaya mencapai Coordinator dan Car Bonus  

Bermula 2019, asben Mas keluar masuk hospital dan menjalani 4 pembedahan. Ujian ini memang sangat menguji kami sekeluarga. Namun syukur, disebalik ujian ini kami dijemput menunaikan umrah pada tahun 2022 walaupun terpaksa menjalani ujian yang sangat besar.

Dua minggu sebelum berangkat, anak bongsu kami disahkan positif covid dan kami sekeluarga dikuarantin. Masalahnya setiap simptom covid tidak berlaku kepada anak tetapi ada pada asben Mas walaupun setelah ditest beberapakali dia tetap negatif. 

Selama dua minggu itulah dia terlantar lesu dan mula tidak boleh bergerak tapi dibibirnya tak lekang menyebut dia tetap mahu menunaikan umrah dan bertemu dengan Rasulullah. Sehari sebelum berangkat, ujian RTKnya tetap negatif. Alhamdulillah.

Seawal pagi sebelum berangkat, kami pergi ke hospital berdekatan untuk mengambil suntikan kerana beranggapan dia tak boleh bergerak disebabkan goutnya tapi tanpa kami sedar sebenarnya simptom covid itu telah menyerang buah pinggangnya.

Tetapi apabila Allah kata "Engkau adalah tetamuKu" maka tiada siapa boleh menghalang. Alhamdulillah kami selamat terbang ke Mekah dengan penuh kepayahan sepanjang perjalanan tapi janji Allah itu pasti - BERSAMA KESUSAHAN ITU ADA KESENANGAN. Allah hadirkan insan-insan mulia bagi membantu kami. Allamdulillah. 

Tiada masalah yang tidak boleh diselesaikan. Yakinlah kepada-Nya

Allah izinkan asben Mas menunaikan ibadah umrah wajib sebelum dia direhatkan selama 5 hari di ICU Mustasyfa King Faisal. Bermulalah juga Mas bersendirian di bumi Mekah sementara menunggu jemaah lain datang setelah jemaah kami perlu bergerak ke Madinah. Pengalaman pertama seumur hidup tapi Allah mudahkan segalanya. Alhamdulillah. Ya Allah... rindunya pengalaman itu. Berseorangan tetapi terasa sentiasa berteman. Allah ada dan DIA sentiasa ada bersama. 


Pengalaman bersendirian di Bumi Mekah tetapi terasa berteman.
Alhamdulillah dapat berulang alik ke hospital tanpa masalah 
walaupun menggunakan bahasa ayam dan itik.
Syukur tahu juga berbahasa arab walau sepatah dua.  


Penat? Allah tak izinkan, DIA bekalkan tenaga dan kekuatan buat Mas. Sementelah itu Mas juga ada membawa ResV, vitamin c, OsteNutrix dan Omega selain ESP yang Allah jadikan sebagai asbab Mas sentiasa bertenaga untuk berulang alik dari Masjidil Haram  ke hospital malah diizinkan juga menunaikan ibadah di hadapan kaabah. Alhamdulillah. 


Bekalan supplement Shaklee sepanjang berada di Tanah Haram

Asben Mas disahkan kerosakkan buah pinggang secara total. Sekelip mata! Dia perlu didialisis tapi kami memilih untuk melakukannya di tanah air. Ujian bertimpa. Dialisis + berkerusi roda. Asben Mas down dan dia perlukan sokongan yang kuat daripada kami sekeluarga. 

Raya 2022 seperti tiada makna. Tiada gelak tawa dan tiada rumah terbuka. Bukan sahaja rakan sekerja atau jiran tetangga malah saudara mara juga tidak dialukan ke rumah kami. Bukan menyombong tetapi menghormati asben yang masih keliru dan dalam proses menerima kenyataan bahawa dia pesakit ginjal dan dia kini berkerusi roda. 

Bukan mudah untuk menerima perubahan besar dalam hidup

Alhamdulillah memang sejak 2019 kami mengamalkan vivix dan ResV. Asbab ResVivix juga luka pembedahan asben cepat sembuh dan kami teruskan pengambilan ResVivix sehingga kini. Nampak sangat banyak perkembangan positif. Asben semakin ceria dan bertenaga. Kakinya juga semakin kuat dan dia kini boleh bertatih dan inshaallah moga dia diizinkan kembali berjalan. 

Lebih menggembirakan kini asben telah boleh memandu dan dia telah mula ingin bergaul dengan masyarakat sekeliling. Raya 2023 menjadi lebih ceria dan kami sedia menerima tetamu. Bukan sahaja kami menziarahi saudara mara malah kami juga membuat rumah terbuka. 

Terlalu banyak hikmah atas setiap apa yang berlaku. Hubungan kekeluargaan kami semakin rapat dan kami pencinta Shaklee. Ingin kami sebarkan manfaat ini kepada mereka yang memerlukan. Setiapkali berkunjung atau dikunjungi ketika hari raya atau rumah terbuka, topik manfaat Shaklee terutama ResVivix dan yang lainnya sentiasa meniti dibibir kami. 
Anda mahukan Shaklee? Klik saja gambar kami di bawah dan kami sedia membantu anda.  



Alhamdulillah atas segala nikmat-Nya







#blogmegashaklee
#shakleethirive2023
#shakleetriumph2023
#cikgumasshaklee
#artamiempire
#barangbaikkenakongsi
 

No comments:

Post a Comment

Komen anda keutamaan kami untuk menjadikan kami lebih teguh dan terbaik