Pages

Saturday, March 4, 2023

Tips Hilangkan Masalah Bau Badan

 




Ia bukan masalah baru dan ramai orang hadapi masalah yang sama.  Masalah bau badan bukan hanya berpunca daripada kebersihan diri tetapi ia juga disebabkan oleh masalah kesihatan dan beberapa punca lain. 

Sebenarnya masalah bau badan bukan berpunca daripada peluh yang berbau tetapi bakteria pada permukaan kulit yang bercampur dengan peluh akan menghasilkan bau yang kurang menyenangkan. 

Ada banyak petua atau tips yang boleh diamalkan untuk mengatasi masalah bau badan. Terpulang kepada kita, yang mana nak digunapakai. 




1. Daun sirih

Pilihan terbaik untuk mengatasi masalah bau badan tapi zaman sekarang agak sukar nak dapatkan daun sirih terutama jika berada di bandar. Jika anda berjaya dapatkannya, ia satu kelebihan. 

cara penggunaannya juga mudah. anda hanya perlu;

- sediakan beberapa helai daun sirih dan bersihkan.
- hancurkan atau ramas daun sirih dan gosokkan celah ketiak sebelum mandi dan biarkan seketika. 
- bilas dan mandi seperti biasa. 



2. Limau Nipis 

Selain daripada daun sirih, limau nipis juga digunakan untuk menghilangkan bau badan. Ia lebih popular kerana limau nipis lebih mudah didapati dan banyak dijual di pasar.

- cukup dengan sebiji setiap kali penggunaan
- potong dan gosokkan ketiak dengan limau nipis.
- boleh juga gosokan di tengkuk atau celahan peha untuk menghilangkan warna kehitaman. 
- bilas dan mandi seperti biasa. 


3. Lutut atau belakang telapak tangan
 
Nampak macam tak logik tapi ia sangat berkesan menghilangkan bau badan cuma ia sedikit bermasalah bagi mereka yang bertubuh besar.
 
Tapi belum cuba, belum tahu. Manalah tahu kalau anda yang bertubuh besar berjaya lakukannya. 

Jika anda gagal lakukannya jangan bersedih. Anda boleh menggantikannya dengan belakang telapak tangan.

- dalam keadaan bertinggung / menyangkung, gosokan ketiak anda di kepala lutut. 
- letakkan sabun terlebih dahulu untuk lebih mudah dilakukan. 
- sesekali,picit ketiak anda dengan picitan manja. Ia turut membantu menghilangkan bau badan. 



Bagaimana Shaklee Boleh Membantu?


Tidak cukup hanya dengan usaha luaran sahaja. Anda juga perlu bersihkan diri secara dalaman untuk mendapatkan kesan yang lebih baik menghilangkan bau badan. Anda boleh mengamalkan suplemant daripada Shaklee. 

Bestnya Shaklee ni, ia bukan saja menyelesaikan satu masalah tapi ia memberi impak secara keseluruhan untuk badan kita. 

Punca bau badan disebabkan oleh bahan buangan terkumpul dalam badan akibat proses pencernaan tidak sempurna. Pengambilan pelbagai jenis makanan, majoritinya digunakan untuk tubuh sementara selebihnya ditukar ke dalam bentuk sisa buangan atau toksin. Toksin ini disingkirkan sekiranya ginjal, hati dan saluran penghadaman usus berfungsi dengan baik.



4. Alfalfa 

  



Alfalfa adalah sejenis tumbuhan herba dan ia ajen detoks yang membantu menyahtoksin dari dalam badan. Alfalfa juga bertindak membersihkan usus secara semulajadi dan secara tidak langsung ia bantu menurunkan berat badan

Selain itu alfalfa merangsang pengaliran hempedu, membuang unsur mineral bahaya yang terdapat dalam tubuh. Ia membantu mengawal bau badan.

Alfalfa mengandungi serat yang tinggi untuk membantu proses penghadaman dan menggalakkan pelawasan yang baik. Klorofil yang terdapat di dalam alfalfa juga berupaya membunuh bakteria di dalam badan dan bertindak sebagai deodoren semulajadi.  


5. Herb-lax 

Selain daripada alfalfa, Herb-lax juga diperlukan sebagai penyahtoksin dalam tubuh yang menjadi salah satu punca bau badan. 

Daun sena yang terkandung dalam herb-lax merupakan bahan semulajadi yang terbaik dalam melawaskan pembuangan. Secara tidak langsung herb-lax dapat mengatasi sembelit, membantu mengempiskan perut, menyokong kesihatan usus dan seterusnya dapat menurunkan berat badan kerana Herb-lax juga terdapat dalan set kurus shaklee.   

Sekiranya anda berminat menghilangkan bau badan dengan shaklee, anda boleh hubungi Mas dengan klik




#blogmegashaklee
#shakleethirive2023
#shakleetriumph2023
#cikgumasshaklee
#artamiempire
#barangbaikkenakongsi

No comments:

Post a Comment

Komen anda keutamaan kami untuk menjadikan kami lebih teguh dan terbaik

Vitamin E mencantikkan kulit

Vitamin E mencantikkan kulit? selalunya orang heboh mengatakan vitamin C untuk kecantikan kulit. Jarang sangat dengar Vitamin E baik dan ama...