Pages

Monday, April 24, 2023

Raya Bergaya Dengan Shaklee


Raya datang lagi. Rata-rata memang masing-masing nak nampak bergaya dan ceria di hari raya. Pelbagai persiapan raya dibuat. Bukan setakat kuih-muih atau persiapan rumah malah persiapan diri tu yang paling diutamakan.

Sebulan berpuasa, ramai yang ambil peluang kuruskan badan. Sebab itulah set kurus shaklee laku macam pisang goreng panas. Ditambah pula bila ada promosi set rahmah sepanjang Ramadhan. Memang laku keras. 

Tak ketinggalan shaklee juga ada menyediakan promosi youth sebagai pelengkap kecantikan. Bila digabungkan penggunaan youth dengan set rahmah yang berperanan sebagai set kurus dan juga set cantik maka inshaallah, ia akan memberikan kesan yang tidak mengecewakan. 


Antara barangan youth yang dibawa balik beraya di kampung

Nak bergaya di hari raya bukannya perlukan tindakan sekelip mata tapi bila mengamalkan produk shaklee secara konsisten, kecantikan itu akan terserlah bukan saja dari luaran tetapi juga dalaman. Bila tubuh sihat, wajah akan ceria. 

Nak cantik dan sihat pun bukannya sehari dua atau hanya di pagi raya tapi biarlah sepanjang hayat. Oleh itu, jangan berhenti setakat ramadhan dan hari raya saja, teruskan pengambilan shaklee untuk kekal sihat. 

Yang penting, shaklee ni bukan ubat tau, ia supplement tambahan bagi membantu kita lengkapkan nutrisi. Bila badan kita cukup vitamin yang diperlukan maka seluruh badan kita sihat termasuklah kulit dan rambut. 


Best sangat gunakan youth ni, tambah-tambah lagi musim panas macam sekarang.Tak risau pun nak beraya sebab ada moisturizer SPF 50 yang melindungi kulit wajah daripada sinaran matahari.

Bukan itu saja tapi ia juga bertindak melembapkan kulit muka dan memperbaiki tona kulit muka kita yang tak sekata, cepat meresap dan kulit pun nampak lebih glowing dan tak perlu lagi guna highlighter. 


 Nakkan kulit lebih anjal dan badan lebih sihat, Mas add on dengan vivix dan kollagen. Memang berikan kesan yang terbaik. Badan lebih bertenaga, tak terasa kepenatan beraya malah tidurpun lebih lena. 

Kalau cerita pasal bestnya shaklee memang takkan habis dan tak terungkap dengan kata-kata. Cuba dulu dan rasainya sendiri. Tak susah pun, klik je gambar Mas di bawah dan Mas akan bantu ke langkah seterusnya. Apa tunggu lagi? jom klik



#blogmegashaklee
#shakleethirive2023
#shakleetriumph2023
#cikgumasshaklee
#artamiempire
#barangbaikkenakongsi




 

Wednesday, April 19, 2023

Insentif Shaklee : peluang yang sukar dilepaskan

 




Shaklee sebuah syarikat produk kesihatan yang kukuh dan telah lama bertapak di Malaysia. Kestabilan syarikat membuatkan ia mampu menyediakan pelbagai insentif kepada semua pengedarnya yang  komited berbisnes. 

Berbaloikah insentif shaklee? 

Nilaikan daripada kacamata anda. Mungkin pada mata kasar, ia sama sahaja dengan insentif yang diberikan oleh syarikat bisnes online yang lain namun insentif shaklee sebenarnya memberikan pulangan lumayan;

Ganjaran rankup dan efektif 

Rankup ini bermaksud pengedar shaklee (SID) mencapai target dengan pencapaian rank pertama dan rank kedua sebagai leader dalam shaklee. 

Bermula cycle 2023/2024 ini, shaklee menawarkan insentif tambahan yang menarik kepada mereka yang berjaya rankup dan kekal efektif selama 3 bulan iaitu bonus tambahan sehingga RM6000 bakal menjadi hak milik mereka. Wang bonus ini berupa cash dan akan terus dimasukkan ke akaun peribadi SID

Ini merupakan insentif tambahan sebagai galakan kepada para SID selain daripada insentif tetap yang diberikan iaitu;

Untung runcit milik anda

Inilah yang diinginkan oleh para peniaga. Setiap perniagaan, jumlah untung runcit diambilkira. Dalam shaklee, setiap produk mempunyai harga ahli dan harga pasaran yang membawa keuntungan 20%.

Bonus bulanan berpayslip

Shaklee menyediakan insentif berupa bonus bulanan tanpa had bermula 5%-21% tidak termasuk insentif leader. 

Pembayaran bonus ini diberikan pada setiap 14 haribulan tanpa gagal kepada pengedar shaklee yang komited dengan disertakan slip bayaran atau payslip. 

Apa yang bestnya, berapa pun jumlah bonus yang diperoleh, slip tetap diberikan dan slip ini diterima oleh bank jika sekiranya ingin membuat sebarang urusan seperti pembelian kereta atau hartanah. 


  Car bonus 

Ini adalah antara insentif shaklee yang menjadi idaman. Bagi mendapatkan insentif ini, beberapa syarat perlu dipenuhi namun anda hanya perlu mencapai syarat sekali sahaja dan akan menikmati insentif ini seumur hidup selagimana masih aktif. 

 Insentif car bonus ini diberikan secara cash dan unlimited. Terpulang kepada anda cara membelanjakannya samaada ingin membeli kereta atau tidak. 


Insentif trip 



Insentif ini juga menjadi idaman para pengedar shaklee kerana trip yang disediakan oleh shaklee bukan sebarangan. 

Trip perlancongan yang ditawarkan ini adalah percuma dan ditaja sepenuhnya oleh shaklee. 

Trip ini khas untuk mereka yang memenuhi syarat dan anda tidak terkecuali untuk mencapai syarat tersebut. 

Ada 2 jenis trip iaitu regional trip dan international trip. Untuk cycle 2023/2024 ini bagi regional trip naik royal carribean cruise bermula dari Singapore ke Phuket Thailand. Dan satu lagi international trip ke Japan (Osaka, Nara, Kyoto) atau boleh pilih trip Umrah bagi yang beragama Islam.

Anda teruja dengan insentif shaklee tawarkan? Jom sertai kami dan anda berpeluang untuk dapatkan insentif yang disediakan. Mulakan langkah dengan klik gambar di bawah untuk terus ke link whatapps. 



#blogmegashaklee
#shakleethirive2023
#shakleetriumph2023
#cikgumasshaklee
#artamiempire
#barangbaikkenakongsi

Thursday, April 13, 2023

Tips Kurus Dengan Cepat Dan Sihat

 



Kebanyakan orang sangat obses untuk kurus hingga membahayakan diri. Mereka sanggup lakukan apa saja malah sanggup makan produk kurus tanpa mengambilkira risiko yang akan dihadapi. 

Sebenarnya tiada jalan pintas untuk kurus. Setiap orang perlu melalui proses yang mengambil tempoh masa tertentu dengan disiplin yang tinggi. Untuk mencapai matlamat kurus bukanlah satu perkara mudah namun ia bukan mustahil. Hari ini Mas kongsikan tips kurus dengan cepat dan selamat yang boleh diamalkan tetapi masih lagi terikat rapat dengan disiplin. 


Tips kurus cepat dan sihat

Mas kongsikan petua orang lama yang telah diamalkan sejak dulu lagi. Cara ini seringkali diamalkan oleh mereka yang baru lepas bersalin bagi mengembalikan perut ke bentuk asal disamping menghilangkan kedutan ketika hamil. 

Limau Nipis & Kapur Sirih

Bahan asasnya adalah limau nipis dan kapur sirih. Perah air limau ke dalam piring atau mangkuk, campur dengan kapur sirih dan gaul hingga sebati. Lumurkan ramuan tersebut ke perut dan balut perut dengan sehelai bengkung. Lakukan setiap malam sebelum tidur.

Minyak Kelapa

Tanak kelapa hingga menjadi minyak. Sejukkan, kemudian sapu ke perut. Biarkan seketika selama 10 minit. Kemudian bilas. Amalkan setiap hari.

Limau Nipis & Air



Air limau boleh bantu menurunkan berat badan. Hanya sediakan dua biji limau nipis / lemon / limau kasturi setiap hari, perah airnya ke dalam gelas yang berisi air dan simpan di dalam peti sejuk. Jadikan ia air minuman setiap kali selepas  makan tengahari dan makan malam.

Tetapi untuk lebih mudah, pantas dan enak, boleh ambil atau amalkan Performance Drink Shaklee (PD) atau dikenali juga dengan air basikal. PD ini ada 2 perisa iaitu Lemon-Lime dan Oren. 



Selain daripada petua lama, kita juga boleh amalkan panduan pemakanan yang turut membantu menguruskan badan dengan cepat dan sihat. 


Kurangkan Pengambilan Karbohidrat

Karbohidrat yang tinggi boleh meningkatkan berat badan akibat daripada lebihan gula yang tidak digunakan terutama jika mengamalkan pemakanan yang tidak seimbang dan kurang bersenam.


Makan Lebih Banyak Protein

Protein membantu meningkatkan kadar metabolisma yang membantu pembakaran 80-100 kalori setiap hari selain daripada mengurangkan selera makan dan mengurangkan hormon ghrelin yang menyebabkan rasa lapar. Antara sumber protein yang baik adalah daging lembu, ayam, ikan, telur, susu, keju dan kekacang seperti soya.

Protein soya ESP merupakan pilihan yang terbaik kerana ia mengandungi 14g pritein bagi setiap hidangan, index glasimek yang rendan dan mengandungi 9 asid amino dan bukan bukan GMO. Esp juga sesuai untuk mereka yang sensitif terhadap laktosa.

Bagi mempercepatkan lagi proses penurunan berat badan, set kurus shaklee amat sesuai kerana ia bukan sahaja bantu anda kurus dengan cepat malah bantu anda kekal cantik dan sihat. Inshaallah.



Bersenam dan bersukan

Bagi mempercepatkan lagi pembakaran kalori, anda perlu juga bersenam atau bersukan. Namun pastikan senaman yang anda lakukan itu bersesuaian dengan tahap kemampuan anda.

Tidak perlu senaman atau sukan yang ektrem tetapi pastikan anda bersenam secara konsisten sekurang-kurangnya 30 minit sehari.Jika anda menghadapi kekangan masa untuk bersenam. anda juga boleh meningkatkan aktiviti yang lebih aktif bagi membantu pembakaran kalori tubuh anda.

Nak dapatkan lebih banyak tips bagi menyelesaikan masalah anda, Mas sedia membantu. Anda hanya perlu klik gambar di bawah.






#blogmegashaklee
#shakleethirive2023
#shakleetriumph2023
#cikgumasshaklee
#artamiempire
#barangbaikkenakongsi









Tuesday, April 11, 2023

Shaklee : Bisnes Online Modal Rendah


Sejak berlakunya pandemik COVID-19, ramai yang terkesan termasuklah hilang sumber pendapatan dan mereka mula beralih kepada perniagaan dan perniagaan online menjadi pilihan tertinggi kerana secara asasnya ia memberikan manfaat yang banyak antaranya; 

  • modal permulaan rendah
  • kemudahan menguruskan stok
  • fleksibiliti ruang dan masa perniagaan
  • Meraih keuntungan yang lebih tinggi
  • kawasan liputan  pelanggan yang luas
  • risiko rendah

Anda sedang mencari sesuatu untuk tingkatkan pendapatan? Nak mulakan bisnes tapi pening memikirkan pasal apakah bisnes yang sesuai dengan modal yang kecil dan tiada pengalaman berniaga.

Terdapat banyak bisnes online yang tumbuh bagaikan cendawan namun yang menjadi persoalannya, apakah bisnes online terbaik yang boleh dilakukan? 

Tahu tak, secara globalnya perniagaan makanan, pakaian dan servis adalah perniagaan yang mendapat permintaan yang tinggi tapi ramai juga yang tak tahu bahawa bisnes penjagaan kesihatan juga berada di rangking tertinggi.


klik gambar ini untuk info lanjut 


Jom Mas kongsikan perniagaan yang mudah, modal rendah tapi memberikan pulangan yang lumayan jika anda fokus dan konsisten. Yalah, mana ada kejayaan boleh datang bergolek, sebab itu Mas tak janjikan bulan bintang tapi Mas boleh bagi jalan dan paling penting ia adalah bisnes online terbaik di Malaysia.

Mengapa Mas katakan begitu? 

Modal terlajak rendah

Bisnes online yang Mas katakan ini hanya bermodalkan RM35 sahaja iaitu yuran keahlian bagi membolehkan anda memulakan bisnes Shaklee.

Anda juga boleh memulakan bisnes dengan percuma jika anda membuat pilihan bijak. Tidak perlu keluarkan sebarang modal tetapi mendatangkan pulangan yang memberansangkan malah lumayan jika anda bertindak. 

Sebagai contoh, promosi bulan April ini menawarkan keahlian percuma dengan setiap pembelian Set Rahmah Shaklee yang bernilai RM99.



Support team terbaik

Lebih menerujakan, bisnes ini bukan sahaja memberikan anda bebas kewangan tetapi ia membawa anda dalam circle positif tanpa mengira latar belakang anda. Walaupun anda hanya seorang surirumah, pelajar, bekerjaya atau penganggur, bisnes ini tetap boleh anda sertai.  

Circle positif ini juga merupakan support team yang akan membimbing anda memulakan bisnes online daripada zero kepada hero. Sebagai contoh, team Mas iaitu Artami Empire mendapat bimbingan dan sokongan padu daripada team upline yang lebih tinggi  iaitu Duta Vivix, LAT dan Jutawan.

Selain daripada group support di whatapps, telegram kami juga menyediakan bank testimoni, kelas nutrisi, kelas peningkatan bisnes dan lain-lain aktiviti yang boleh membantu dan merapatkan ukhwah.  


Tiada MOQ (Minimum Oder Quantity)

MOQ merupakan masalah besar bagi peniaga kecil. Mereka terikat dengan jumah minimal pembelian barang yang ditetapkan oleh pembekal atau syarikat namun dalam bsnes Shaklee tiada MOQ yang perlu dipatuhi oleh SIDnya. Anda bebas membeli atau membuat pesanan walaupun dengan satu produk sahaja. 

Oleh itu anda tidak lagi perlu risau stok. Apabila anda mendapat satu pesanan daripada pelanggan, anda boleh terus membuat pesanan di Web Shaklee dan pihak syarikat akan menguruskan pembungkusan dan penghantaran kepada pelanggan anda. mudah bukan?. Kerana itulah bisnes shaklee adalah bienes online terbaik di Malaysia untuk anda ceburi. 


Risiko yang teramat rendah 

Dengan bisnes online shaklee, risiko hampir tiada kerana ia sebuah syarikat yang kukuh dan telah bertapak lebih 100 tahun. 

Anda juga tidak perlu risau dengan kualiti produk kerana Shaklee amat mementingkan kualiti dengan menjalankan penyelidikkan bawah pengawasan saintis bagi memastikan keselamatan dan keberkesanan produk. 



Bisnes di mana-mana

Shaklee adalah bisnes online yang sangat mudah. Segalanya di hujung jari. Lawan web yang mesra pelanggan membuatkan anda boleh melayarinya pada bila-bila masa atau di mana saja. 

Walaupun anda sedang bercuti, anda masih boleh menjalankan bisnes anda dengan mudah. Tak perlu risau stok, pembungkusan atau pengeposan kerana segalanya diuruskan oleh syarikat.

Sumber pendapatan bulanan 

Bisnes online shaklee bukan sebarang bisnes. Ia boleh menjadi sumber pendapatan anda. Ia bukan saja memberikan untung runcit tetapi juga bonus bulanan yang akan diberikan setiap 14hb.

Malah playslipnya juga boleh digunakan untuk membeli kereta atau rumah. Anda juga layak mendapat car bonus yang diberikan secara tunai. Shaklee menawarkan banyak manfaat sebab itulah shaklee adalah bisne online terbaik di Malaysia.  



#blogmegashaklee
#shakleethirive2023
#shakleetriumph2023
#cikgumasshaklee
#artamiempire
#barangbaikkenakongsi

 




Thursday, April 6, 2023

Kulit Cantik Dengan Harga Rahmah

 


Nak cantik tidak semestinya perlukan belanja yang besar. Kadangkala berhabis duit pun belum tentu akan cantik. 

Kalau mengikut petua orang lama, apa yang ada disekeliling kita itu sebenarnya lebih berkesan, mudah dan murah. Kata orang, gaya harga rahmah.

Nak hilangkan parut, guna saja pucuk daun jambu batu. kisar halus di tapak tangan dan buat urutan manja di muka atau parut pada tubuh. 

Nak hilangkan parut, jeragat dan tompok hitam, sapukan muka atau parut dengan sedikit kulit kayu manis yang telah digesek pada lesung batu.

Nak dapatkan kulit yang halus dan mulus pun tak perlu susah, sapukan saja muka dengan madu yang dicampur dengan putih telur. Biarkan seketika dan bilas. 

Nak buang blackhead, whitehead dan lembutkan kulit wajah? sesekali pakailah masker beras yang telah disangai dan dicampur dengan putih telur. Tapi awas, jangan pakai terlalu lama, ia boleh melukakan wajah. 


Mudah je kan! Masalah yang paling besar ialah penyediaan bahan dan konsisten. 

Bukan tak rajin, tapi bahannya tak ada. 

Bukan bahan tak ada tapi malas pula nak sediakannya. 


Tahu tak, ada lagi cara lebih mudah, pantas, jimat dan boleh dilakukan di mana-mana saja. Ia masih dengan cara alami, semulajadi, organik dan sudah pastinya selamat. 

Apa yang lagi bestnya, ia bukan saja jadikan kita lebih cantik malah juga sihat dari dalam hanya dengan harga rahmah.  


Pernah dengar Set Cantik Shaklee? 


Sepanjang bulan april ini Shaklee ada promo vitamin kulit cantik dengan harga rahmah. Memang harga tak masuk akal tapi kesannya sangat awesome. 

 Didatangkan dengan 3 pilihan set kulit cantik harga rahmah. vitamin kulit ini bukan saja untuk kesihatan kulit tetapi juga melindungi tubuh daripada penyakit dan membekalkan tenaga sepanjang hari.

vitamin kulit cantik rahmah (set A)




vitamin kulit cantik rahmah (set B)


Ini adalah vitamin kulit terbaik daripada Shaklee. Ia telah menjalani pelbagai ujian klinikal malah kualitinya juga terjamin dan ia 100% bahan semulajadi organik. 

Dua produk ini inshaallah sangat membantu kita dapatkan kulit yang cantik dan mulus dengan berpegang kepada satu perkara penting iaitu KONSISTEN. 


Kenapa vitamin C? 




Vitamin C adalah bahan yang paling banyak digunakan dalam produk skincare kerana ia merupakan vitamin kulit bagi memastikan kulit kekal sihat. 

Vitamin C adalah antioksidan yang digunakan secara langsung untuk merawat dan mengatasi masalah kulit dan melawan radikal bebas penyebab kerosakan kulit. 

Vitamin C juga bertindak mencerahkan kulit yang kusam dan membantu meningkatkan kolagen pada kulit bagi mengurangkan garis-garis halus atau penuaan kulit. 





ESP juga vitamin kulit? 

Esp adalah soy protein yang kaya dengan protein tumbuhan yang menjadi makanan bagi sel. Pembentukan sel yang sihat akan menghasilkan tubuh yang sihat termasuklah kesihatan kulit. 






Persoalannya kenapa ESP Shaklee yang patut dipilih? 

Esp Shaklee berkualiti tinggi dan melangkaui organik di mana ia tiada sumber haiwan, bebas gluten, tanpa pengawet malah ia bukan GMO dan dilengkapi dengan 9 asid amino yang sangat diperlukan oleh tubuh. 

Esp bukan saja berupaya menghasilkan kulit yang cantik tetapi ia juga membuatkan kita kenyang lebih lama dan membantu kita menurunkan berat badan. Sebab itulah ESP juga adalah supplement terbaik untuk menguruskan badan

Secara asasnya set cantik atau vitamin kulit ini terdiri daripada vitamin C dan ESP tetapi untuk dapatkan kesan yang lebih baik boleh ditambah dengan omega, kolagen dan vivix atau ResV. 

Untuk keterangan lebih lanjut dan dapatkan set promo rahmah, klik saja gambar Mas di bawah. 





#blogmegashaklee
#shakleethirive2023
#shakleetriumph2023
#cikgumasshaklee
#artamiempire
#barangbaikkenakongsi

Saturday, April 1, 2023

Inilah Menu Sahur Sihat Berkhasiat Yang Anda Cari




Ramai orang melakukan pelbagai cara untuk kurus dan mereka mengambil peluang menurunkan berat badan sewaktu berpuasa. Mereka mengamalkan diet dengan mencari menu berbuka puasa yang sesuai bagi menjayakan matlamat mereka. Malah mereka sanggup meninggalkan sahur bagi mengelakkan pengambilan makanan berat seawal pagi. 


  تَسَحَّرُوا فَإِنَّ فِي السُّحُورِ بَرَكَةً                                             
 

“Bersahurlah kamu semua, sesungguhnya pada sahur itu terdapat keberkatan.”

                                                            (Riwayat al-Bukhari (1923) dan Muslim (1095)


Sahur amat penting sepanjang kita berpuasa. Ia juga merupakan sunnah Rasulullah. Sewaktu berpuasa, badan lebih banyak memerlukan pengambilan makanan yang kaya nutrisi agar dapat memenuhi keperluan tenaga untuk bekerja sepanjang hari. Seharusnya kita perlu bijak memilih menu bersahur bukannya meninggalkan sahur. 

Pengambilan karbohidrat, lemak, serat  dan protein yang seimbang perlu diambil berat. Makanan yang mengandungi glycemic index (GI) yang rendah membekalkan tenaga secara berperingkat. Ia memberikan rasa kenyang yang lebih lama dan membantu menurunkan berat badan serta mengawal kadar gula dalam darah terutama bagi pesakit kencing manis.

Beberapa pilihan menu bersahur yang boleh diambilkira dan disediakan di rumah dengan semudah ABC. Menu ini telah divariasikan dan bahan asasnya adalah set puasa shaklee. 

Oat

Makanan berasaskan oat sangat digalakkan semasa sahur. Walaupun 100 gram oat mengandungi 91 kalori sahaja namun kandungan seratnya yang tinggi membantu membuatkan berasa lebih kenyang dalam tempoh yang lama.

Menunya pula boleh dipelbagaikan dan contoh menu mudah yang boleh disediakan hanya dengan ; 







Kurma 

Sahur terbaik gaya Rasulullah adalah mengambil kurma sebagai hidangan. Kurma membekalkan pelbagai jenis nutrisi penting dan sumber potasium dalam makanan yang baik. Seperti juga oat, ia juga boleh divariasikan bersama set puasa shaklee yang menjadi ia menu lazat dan sihat. Anda boleh mencuba idea menu ini ;








Selain daripada oat dan kurma, pengambilan buah-buahan ketika bersahur juga sangat baik bagi membantu pencernaan selain daripada membekalkan tenaga dan nutrisi yang diperlukan sepanjang hari. Antara buah-buahan yang baik adalah pisang, betik dan avocado yang juga boleh disertakan dengan esp dan cinch. 




Bosan atau kurang berminat dengan buah, anda juga boleh gantikan dengan biskut sebagai menu sahur sihat anda. Walaupun dengan biskut, set puasa shaklee tetap di hati. 

Hidangan sahur yang sihat adalah penting untuk menjaga kesihatan tubuh badan sepanjang di bulan Ramadhan. Dengan menggunakan idea menu sahur yang  kongsikan ini sekurang kurangnya anda dah ada idea untuk menu sahur anda.

Selamat bersahur adan selamat berpuasa. Jika inginkan lebih lagi menu sahur sihat, klik gambar di bawah dan kita sembang lagi. 




#blogmegashaklee
#shakleethirive2023
#shakleetriumph2023
#cikgumasshaklee
#artamiempire
#barangbaikkenakongsi