Pages

Thursday, March 9, 2023

Indahnya Ramadhan dengan Set Puasa Shaklee





Alhamdulillah, Ramadhan datang lagi. 

Ramadhan adalah bulan berkat dan bulan ibadah. Ibadah puasa  memerlukan kekuatan mental dan fizikal. Oleh itu kita perlu memastikan kesihatan dan tenaga sentiasa dalam keadaan yang baik. Set Puasa Shaklee memberikan solusi dengan membekalkan nutrisi daripada waktu sahur hingga moreh bagi menyokong puasa yang berkualiti, sihat dan produktif. 

Mas mula mengambil Set Puasa Shaklee sejak 2020 apabila terpaksa berulang alik menjaga suami di hospital dan menguruskan anak-anak sedangkan Mas sendiri bekerja. Waktu yang padat membuatkan Mas perlukan tenaga untuk mengajar dan mengurus keluarga. Alahmdulillah sejak mengamalkannya Mas bukan sahaja lebih bertenaga sepanjang hari malah dapat berpuasa dan mengurus keluarga dengan gembira.

Kepuasan berpuasa dengan Set Puasa Shaklee ini turut diakui oleh ramai pengguna  lain. 







4 Sebab mengapa anda perlu berpuasa dengan Set Puasa Shaklee 


Mudah. Set Puasa Shaklee hanya perlukan kurang daripada 10 minit untuk menyediakan hidangan Sahur yang lazat dan sihat.

Mesra pengguna. Solusi Set Puasa Shaklee sesuai untuk seisi keluarga.
Sihat. Set Puasa Shaklee mempunyai pelbagai manfaat untuk kesihatan sistem penghadaman, kulit yang berseri dan badan yang sihat dan kuat.


Lembut. Set Puasa Shaklee yang berkhasiat dapat membantu anda berbuka puasa dengan selesa dan mengurangkan ketidakselesaan ketika berpuasa seperti gastrik dan pedih ulu hati.


Kandungan Set Puasa Shaklee 

1. ESP - Energizing Soy Protein 

ESP adalah serbuk minuman protein daripada kacang soya asli bukan GMO, tiada pewarna atau perisa tiruan malah ia rendah lemak dan tiada kolestrol. Ia juga rendah glisemik jadi ESP membekalkan tenaga berpanjangan dan rasa kenyang yang lebih lama. Sebab itulah ESP menjadi salah satu produk Set Puasa Shaklee.

ESP sangat sesuai bagi mereka yang ada gastrik kerana ia bersifat alkali yang membantu meneturalkan asid hidrolik. Ibu hamil atau menyusukan juga amat bagus berpuasa dengan Set Puasa Shaklee bagi memastikan ibu kekal bertenaga dan menghasilkan susu badan yang produktif.  






2. Cinch Shake

Cinch Shake juga adalah minuman berasaskan protein soya asli yang mengandungi leicune dimana ia membantu pertumbuhan otot, sintesti protein, memperbaharui dan memperbaiki sel serta pengatur metabolisme. 

Bagi mereka yang ingin menurunkan berat badan, cinch adalah pilihan terbaik selain daripada ESP kerana ia meningkatkan metabolisme dan menghasilkan badan yang lebih fit tanpa menggeleber. 

Cinch Shake terkandung dalam Set Puasa Shaklee bagi melengkapkan nutrisi kerana ia mengandungi 21 vitamin dan mineral penting untuk badan. Kandungan 6 gm serat dan indeks glisemik yang rendah, membantu kenyang lebih lama dan kekal bertenaga sepanjang hari berpuasa. 

Cinch didatangkan dengan 3 perisa iaitu coklat,latte dan vanila yang sedap. Anda boleh menikmatinya mengikut citarasa pilhan. 




3. Performance Drink 

Performance Drink adalah air isotonik sihat tanpa  perisa tiruan dan bebas bikarbonat. Minuman lazat berkhasiat ini didatangkan dalam perisa oren dan lemon lime.

Performance Drink (PD) atau juga dikenali dengan air basikal ada dalam Set Puasa Shaklee kerana minuman elektrolit ini banyak memberi manfaat sepanjang ibadah puasa ;

* Tidak kerap ke tandas ketika puasa
* Mengelakkan risiko kencing tidak lawas
* Memberikan tenaga sepanjang hari berpuasa walaupun sedang hamil atau menyusukan 
* Mengelakkan dehidrasi 
* Mengurangkan rasa haus yang melampau 
* Memberikan tenaga dan kesegaran sepanjang puasa dan solat terawih 




Tetap ingin makan ketika sahur 

Ada diantara kita yang keliru adakah tidak lagi perlu makan ketika sahur sedangkan mereka tetap ingin makan sahur samada makan berat seperti nasi atau makan ringan seperti roti atau oat. 

Tiada masalah jika memilih untuk makan sahur seperti biasa tapi anda boleh tambah dengan Set Puasa Shaklee ini  di akhir menu sahur anda. Anda juga boleh campurkan esp dan cinch ini dengan oat atau nestum mengikut citarasa dan selera anda. 

Anda juga boleh memilih hanya menikmati hidangan Set Puasa Shaklee sebagai sahur anda kerana ia telahpun melengkapi nutrisi dan ia mampu membekalkan tenaga dan kenyang lebih lama. 


#blogmegashaklee
#shakleethirive2023
#shakleetriumph2023
#cikgumasshaklee
#artamiempire
#barangbaikkenakongsi







No comments:

Post a Comment

Komen anda keutamaan kami untuk menjadikan kami lebih teguh dan terbaik

Vitamin E mencantikkan kulit

Vitamin E mencantikkan kulit? selalunya orang heboh mengatakan vitamin C untuk kecantikan kulit. Jarang sangat dengar Vitamin E baik dan ama...