Ramai orang melakukan pelbagai cara untuk kurus dan mereka mengambil peluang menurunkan berat badan sewaktu berpuasa. Mereka mengamalkan diet dengan mencari menu berbuka puasa yang sesuai bagi menjayakan matlamat mereka. Malah mereka sanggup meninggalkan sahur bagi mengelakkan pengambilan makanan berat seawal pagi.
(Riwayat al-Bukhari (1923) dan Muslim (1095)
Sahur amat penting sepanjang kita berpuasa. Ia juga merupakan sunnah Rasulullah. Sewaktu berpuasa, badan lebih banyak memerlukan pengambilan makanan yang kaya nutrisi agar dapat memenuhi keperluan tenaga untuk bekerja sepanjang hari. Seharusnya kita perlu bijak memilih menu bersahur bukannya meninggalkan sahur.
Pengambilan karbohidrat, lemak, serat dan protein yang seimbang perlu diambil berat. Makanan yang mengandungi glycemic index (GI) yang rendah membekalkan tenaga secara berperingkat. Ia memberikan rasa kenyang yang lebih lama dan membantu menurunkan berat badan serta mengawal kadar gula dalam darah terutama bagi pesakit kencing manis.
Beberapa pilihan menu bersahur yang boleh diambilkira dan disediakan di rumah dengan semudah ABC. Menu ini telah divariasikan dan bahan asasnya adalah set puasa shaklee.
Oat
Makanan berasaskan oat sangat digalakkan semasa sahur. Walaupun 100 gram oat mengandungi 91 kalori sahaja namun kandungan seratnya yang tinggi membantu membuatkan berasa lebih kenyang dalam tempoh yang lama.
Menunya pula boleh dipelbagaikan dan contoh menu mudah yang boleh disediakan hanya dengan ;
Hidangan sahur yang sihat adalah penting untuk menjaga kesihatan tubuh badan sepanjang di bulan Ramadhan. Dengan menggunakan idea menu sahur yang kongsikan ini sekurang kurangnya anda dah ada idea untuk menu sahur anda.
Selamat bersahur adan selamat berpuasa. Jika inginkan lebih lagi menu sahur sihat, klik gambar di bawah dan kita sembang lagi.
No comments:
Post a Comment
Komen anda keutamaan kami untuk menjadikan kami lebih teguh dan terbaik