Pages

Thursday, May 18, 2023

Youth Skincare Shaklee - Cinta Pandang Pertama

Penjagaan wajah memang sinonim dengan wanita sebab di mana ada wanita, disitu ada kecantikan. Cantik dan wanita memang tak dapat dipisahkan. Sebab itulah ramai wanita ke spa untuk merawat wajah dan tubuh.

Agak berlainan dengan Mas. Paling malas dan tak suka adalah jaga wajah. Terasa ianya cerewet dan merimaskan. Tak selesa dengan tepekan pelbagai macam di muka. Cukup sekadar secalit lipstik dan selapis bedak compact. 


Sebenarnya Mas tak berapa percaya dengan sebarang produk terutama produk yang perlu diletakkan di kulit wajah walaupun sekadar pencuci muka.  

Jatuh cinta dengan YOUTH Skincare

Segalanya bermula pada tahun 2020 dan ia pengalaman pertama mobile spa.  Segalanya bermula pada tahun pertama Mas mengenali dan memulakan bisnes Shaklee. Ketika itu Mas hanya mengamal dan menjual vivix. Alhamdulillah Mas berjaya mencapai rank up Supervisor. 

Di sinilah Mas mula mengenali Youth apabila upline Mas menghadiahkan pakej facial spa yang menggunakan 100% produk youth sckincare atas kejayaan yang telah Mas kecapi. 

Kali pertama Mas menggunakan youth dan terus jatuh cinta yang mendalam. Youth bukan sahaja produk yang selamat malah ia produk beyond organik. 

Kulit Kusam tiada lagi

Disebabkan Mas tidak pernah menggunakan sebarang produk di wajah malah tidak menitikberatkan kesihatan kulit menyebabkan kulit muka Mas kusam, berjeragat dan kasar. 

Namun apabila Mas membuat facial menggunakan youth, walaupun kali pertama tetapi ia telah memberikan impak yang sangat baik. 

Kini youth menjadi teman setia Mas walau ke mana sahaja

* Youth telah membantu memperbaiki dan mencerahkan kulit kerana ia mengandungi vitamin C dan E yang sangat diperlukan bagi melawan radikal bebas bagi membantu menperbaiki kusam kusam.


* Youth bukan sahaja merawat kulit wajah secara luaran tetapi ia juga merawat hingga ke akar kerana youth diperkaya dengan nutrisi  dalam setiap produknya seperti kolagen dan asid hiauronik dan antioksidan. 

Nutrisi ini amat membantu bagi mengurangkan dan mengawal tanda-tanda penuaan. Oleh itu bagi pengguna youth skincare, tidak mustahil bagi mereka kelihatan awet muda ditambah lagi jika mereka turut mengamalkan set cantik premium yang terdiri daripada ESP, vitamin C, Omega, Vivix dan kolagen. 

* Bukan itu sahaja tetapi youth juga dilengkapi dengan pelindungan sinar UV bagi melindungi kulit wajah daripada bahaya sinaran UV . Oleh itu ia dapat mengurangkan risiko pigmentasi dan kulit kusam. 


* Selain itu, youth juga mengandungi bahan-bahan yang membantu melembabkan kulit agar ia sentiasa segar dan menghasilkan kulit yang lebih mulus, lembut dan licin.  


Apa yang membuatkan Mas lebih teruja lagi adalah, dengan youth ini juga Mas kini boleh menjana duit hari-hari apabila Mas memberikan khidmat mobile home spa BOTG (Beauty On The Go). 

Mas yang dulunya mengabaikan penjagaan wajah kini Mas semakin bijak mengurus dan menggayakan produk youth setelah mengikuti kelas bisnes Home Mobile Spa BOTG

Kelas ini menyediakan latihan amali dan ia terbuka kepada sesiapa sahaja yang berminat dengan penjagaan wajah dan ingin membuka mobile spa dengan modal yang mampu milik dan fleksibel. 

Anda berminat membuka spa dengan modal yang rendah tetapi berikan pulangan yang besar? klik gambar Mas di bawah dan Mas akan bantu anda mencapai impian yang telah lama anda idamkan. 



#kursusspamurah
#spashaklee
#mobilespa
#mobilespamalaysia
#kelasspaonline 
#cikgumasshaklee
#artamiempire

#barangbaikkenakongsi 

No comments:

Post a Comment

Komen anda keutamaan kami untuk menjadikan kami lebih teguh dan terbaik