Pages

Friday, June 23, 2023

AMALAN GAYA HIDUP SIHAT TUNTUTAN ISLAM

 

Semua orang inginkan tubuh badan yang sihat namun ramai yang tersalah anggap dengan maksud sihat. Sihat bukan sahaja pada tubuh badan tetapi ia juga merangkumi akal dan emosi yang sihat. Bagi mencapai maksud sihat yang sebenar, kita perlu menjaga gaya hidup sihat.


Islam menyatakan sihat itu adalah salah satu nikmat kurniaan Allah dan kita wajib menjaga kesihatan diri dan haram bagi kita mengabaikannya. 


Ibn Abbas meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda:

نِعْمَتَانِ مَغْبُونٌ فِيهِمَا كَثِيرٌ مِنْ النَّاسِ الصِّحَّةُ وَالْفَرَاغُ

“Dua kenikmatan yang sering dilupakan oleh kebanyakan manusia adalah kesihatan dan waktu lapang.”

(Riwayat al-Bukhari)

Dalam kita berhasrat mengamalkan gaya hidup sihat, kita perlu tahu bahawa kunci bagi mendapatkan kesihatan yang optima adalah menjaga pemakanan. 

Islam telah menggariskan formula pemakanan yang sihat sebagai panduan iaitu; 

- makan ketika lapar dan berhenti sebelum kenyang.  

- Tidak berlebihan dan bijak dalam pengambilan makanan di mana perut perlu diisi 1/3 dengan makanan, 1/3 diisi dengan air dan 1/3  lagi perlu dikhususkan untuk pernafasan. 


Pemakanan sihat 

Ia menjurus kepada pengambilan makanan bagi memenuhi keperluan harian secara sedar untuk mengelakkan faktor yang menyumbang kepada masalah kesihatan. 

Tabiat memilih makanan sihat perlukan pemilihan makanan yang seimbang yang merangkumi pelbagai jenis kumpulan makanan dalam jumlah bersesuaian. 

Namun walaupun kita telah mengambil makanan yang seimbang tetapi belum tentu ia mencukupi keperluan tubuh. Oleh itu kita juga memerlukan makanan tambahan bagi membantu melengkapi keperluan tersebut.  



Shaklee adalah supplement yang boleh membantu anda dan ia adalah organik dan selamat kerana kualitinya dijamin. Anda boleh dapatkannya dengan hanya klik link ini. 

https://www.shaklee.com.my/joinnow?sid=1450639

Aktiviti fizikal 

Selain pemakanan, aktiviti fizikal juga adalah merupakan salah satu daripada gaua hidup sihat. Kita perlu seimbangkan pengambilan makanan dengan aktiviti fizikal kerana ia dapat membantu membakar kalori berlebihan daripada makanan malah ia juga dapat membantu mengawal berat badan. 

Selain itu, aktiviti fizikal atau bersenam sangat baik untuk otak. Ia membantu melancarkan peredaran darah dan menyalurkan bekalan  oksigen ke otak malah dapat mengurangkan keradangan serta merangsang hormon untuk pertumbuhan sel otak. 

Kajian turut menunjukkan bersenam mampu meningkatkan daya pemikiran malah ia dapat membantu mengurangkan risiko penyakit nyanyuk atau Alzheimer. 



Kesihatan bukan sahaja tanggungjawab individu tetapi ia juga menjadi tanggungjawab bersama. Oleh itu mari kita sebarkan kebaikan mengamalkan gaya hidup sihat. Sihat itu tuntutan islam dan menjaga kesihatan adalah ibadah. 




#blogmegashaklee
#shakleethirive2023
#shakleetriumph2023
#cikgumasshaklee
#artamiempire
#barangbaikkenakongsi

No comments:

Post a Comment

Komen anda keutamaan kami untuk menjadikan kami lebih teguh dan terbaik