Sekarang ni di mana-mana orang akan online. Handfone sentiasa di tangan. Bukan saja nak mencari maklumat atau bersosial malah mereka juga berbelanja secara online. Peluang terbuka luas bagi mereka yang berbisnes online. segalanya mudah, hanya dihujung jari.
Tapi bagaimana nak memulakan bisnes online? terutama bagi mereka yang tiada pengalaman berbisnes sebelum ini. Di sini Mas berikan tips mudah memulakan bisnes online sebagai panduan.
1. Tak perlu keluarkan produk sendiri
Mas bukan saja-saja cakap tau tapi ia adalah fakta dan diakui oleh para ushawan online yang telah berjaya termasuk Irfan Khairi. Tak perlu pening nak mencipta jenama sendiri dan membuat R&D menghasilkan produk sendiri. Cukup produk yang telah dikenali ramai.
Pelanggan pun lebih cenderung dengan produk yang mempunyai jenama yang kukuh berbanding dengan jenama baru contohnya produk Shaklee yang telah lebih 100 tahun bertapak dan mempunyai landmark study diakui dunia. So tak perlu pening, jadikan saja ia sebagai produk bisnes online anda. Malah ia boleh dijadikan sebagai part time job.
2. Jangan fikir pasal untung
Bohonglah kalau berniaga tak nak untung tapi, sabar dulu. Jangan gelojoh dan taksub dengan untung. Jangan sampai inginkan keuntungan yang cepat sehingga sanggup melaburkan kos yang besar membeli stok tapi tidak tahu cara terbaik menjualnya.
Apa yang anda perlu fokuskan adalah berapa ramai orang yang anda boleh bantu melalui produk anda. Tumpukan menjual muka sendiri dahulu dan beritahu orang ramai anda mempunyai produk yang boleh memberi manfaat kepada mereka. Lagi ramai orang mengenali dan dapat faedah daripada produk anda, semakin besar jualan. Anda baru nak mulakan bisnes online maka mulakanlah dari kecil dan tingkatkannya secara berperingkat.
3.Modal rendah
Kita perlu bijak dalam berniaga. Jangan menyusahkan diri membuat pinjaman atau bergolok gadai semata-mata nak mulakan perniagaan. Ada banyak bisnes online yang tidak memerlukan modal yang besar untuk memulakan perniagaan.
Salah satunya ialah Mobile Spa BOTG. Bukan sahaja modal rendah tetapi ia juga memberikan latihan dan bimbingan untuk memulakan bisnes online anda. Bukan itu sahaja malah anda tak perlu menyewa permis atau membayar gaji pekerja tetapi duit masuk hari-hari.
Latihan bersemuka mobile spa |
4. Pastikan risiko rendah
Ini juga anda perlu ambil kira terutama bagi anda yang tiada pengalaman berniaga. Risiko yang rendah bermaksud memininumkan kerugian. Dalam Shaklee, dengan RM35 anda sudah boleh aktif berniaga. Perniagaannya pula hanya dihujung jari. Apa yang penting, anda ada handfone dan internet.
Ia adalah bisnes online terbaik kerana ia mempunyai sistem terkini dan mempunyai pay slip yang diakui oleh bank. Anda juga tidak perlu menyimpan stok oleh itu anda dapat mengurangkan risiko sok tak berjalan.
5. Dalami ilmu bisnes
Dalam apa jua aktiviti yang kita lakukan, ilmu itu adalah kunci kejayaan selain pergantungan kita kepada Maha pencipta.
Anda perlu ingat, banyak lambakan bisnes online dan ramai orang menjual produk yang mempunyai tujuan yang sama. Oleh itu, mereka yang berilmu yang akan berjaya menembusi pasaran dan menjadi pilihan pelanggan untuk membeli.
Oleh itu, anda perlu mendalami ilmu pemasaran yang anda boleh dapati dengan mencarinya sendiri atau ikuti kelas dalam group bisnes online anda. Dalam shaklee, kelas diberikan secara berkala dalam team anda.
Latihan bagi memulakan bisnes terutamanya bisnes mobile spa juga diberikan sebagai persediaan anda memulakan bisnes.
Ingin dapatkan tips dan sertai team bisnes online kami? klik gambar di bawah untuk dapatkan link wasap.
No comments:
Post a Comment
Komen anda keutamaan kami untuk menjadikan kami lebih teguh dan terbaik