Sunday, June 11, 2023
TESTIMONI SHAKLEE SAYA - ResV dan Vivix ceriakan hidup kami
Monday, June 5, 2023
VITA-LIZE - MULTIVITAMIN BERWAJAH BARU
Vita-lize adalah multivitamin pertama dunia yang telah dicipta oleh Dr Forest C. Shaklee pada 1915. Vitamin ini telah diinovasikan daripada bentuk cecair kepada tablet dengan nama vita-lea iron plus dan kini ia diperbaharui lagi formulanya dan mutivitamin berwajah baru ini dikenali sebagai VITA-LIZE.
- Dewasa kurang berat badan
- Dewasa aktif
- Dewasa dengan diet yang tidak seimbang
- Dewasa tertekan
- Dewasa sibuk
- Ibu hamil dan menyusu

Saturday, June 3, 2023
CAPAI IMPIAN DENGAN BISNES MOBILE SPA
Semua orang punyai impian cuma yang membezakannya adalah apakah tindakan mereka untuk mencapai impian. Adakah impian itu hanya sekadar angan-angan Mat Jenin atau impian Cinderella.
Mas suka nak ceritakan satu impian dapatkan extra income yang anda boleh jadikan ia satu realiti tetapi dengan syarat, mesti berani dan konsisten.
Impian jadi nyata dengan bisnes Mobile Spa
Sebelum ni Mas ada kongsikan entry berkaitan dengan Buat duit dengan Mobile Spa BOTG. Banyak testimoni yang telah membuktikan bisnes Mobile Spa adalah lubuk duit. InshaAllah dengan izin-Nya.
Sesiapa pun boleh menjalankan bisnes mobile spa ini samada anda seorang yang berkerjaya, surirumah atau pelajar. Anda juga boleh jalankan secara sambilan atau fulltime.
Wednesday, May 31, 2023
KEJAYAAN PASTI MILIK KITA JIKA.....
Semua orang ingin berjaya dalam bidang yang mereka ceburi tetapi untuk berjaya, pastikan kejayaan itu diredhai oleh Allah s.w.t. Selagimana kita menjaga hubungan dengan Allah dan manusia, Dia pasti akan makbulkan impian kita seiring dengan redha-Nya. Allah telah memberikan motivasi kepada kita dengan janji-Nya;
Firman Allah SWT yang bermaksud:
“Dan sesiapa yang bertaqwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya), nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya)”
Surah At-Talaaq: 2
Kejayaan tak datang bergolek
Untuk berjaya, kita perlu berusaha dan tiap usaha kita pasti Allah akan berikan ganjaran. Dalam usaha itu perlu ada kesabaran dan sabar pula pasti akan disulami dengan cabaran dan dugaan kerana Allah ingin menguji kesabaran dan ketekunan kita sebelum Dia kurniakan kejayaan.
Oleh itu bersangka baiklah denganAllah dan berdamailah dengan takdir. Jadikan ia sebagai motivasi untuk kita berjaya.
Beberapa perkara perlu kita ambilkira dan hadapinya dengan tenang jika kita inginkan kejayaan itu menjadi milik kita.
1. Percaya kepada potensi diri
Jangan mudah mengalah dan merendah diri tidak bertempat. Setiap manusia mempunyai potensi diri. Berikan peluang untuk diri kita menyerlahkan potensinya.
2. Tetapkan matlamat dan impian
Tentukan matlamat dan pasanglah impian setingg gunung kerana orang yang berjaya adalah orang yang berimpian besar. Dia akan berusaha gigih untuk jadikan impiannya sebagai satu kenyataan.
3. Berani harungi cabaran
Jangan jadikan cabaran itu sebagai pematah semangat tetapi jadikan ia sebagai batu loncatan. Cabaran itu adalah peluang untuk kita bertindak. Jangan sesekali sesakkan fikiran dengaan masalah dan bilangan cabaran yang perlu dihadapi tetapi fokuskan pemikiran untuk terus melangkah ke hadapan.
Lambat atau cepat kejayaan itu pasti menjadi milik kita jika kita tidak putus asa dan terus berjuang. Apabila kita merasakan semakin lemah, carilah mereka yang boleh menaikkan kembali semangat atau bacalah kata-kata motivasi yang boleh mengingatkan kembali matlamat dan impian kita.
Bukan susah nak susah dan bukan senang nak senang.
Friday, May 26, 2023
BUAT DUIT DENGAN MOBILE SPA BOTG
Sebelum ni Mas ada kongsikan entry berkaitan pilihan Part Time Job dan juga Kelas Bisnes Facial yang dikendalikan oleh team kami yang hebat iaitu Beauty On The Go (BOTG).
Kali ini Mas nak kongsikan testimoni buat duit dengan mobile spa BOTG. Mereka bertindak bijak dengan menjalankan bisnes Mobile Spa BOTG sebaik sahaja selesai mengikuti kelas facial yang disediakan. Anda bila lagi?.
Mereka ini telahpun dapat pulangan hebat tanpa mengeluarkan modal yang besar. Bisnes murah, rendah risiko dan flaksibel ini sangat mesra wanita kerana walau anda berkerjaya, pelajar atau surirumah, anda tetap boleh lakukannya dengan mudah.
Mari kita lihat apa kata mereka dengan bisnes Mobile Spa BOTG ini.
Masih belum terlambat untuk anda menjadi seperti mereka. Jom sertai team BOTG kami dengan hubungi Mas secara terus atau klik gambar di bawah untu pautan whatsapp.
RENEWAL SHAKLEE - MUDAH DAN PERCUMA
KEAHLIAN SHAKLEE SEUMUR HIDUP. Ye betul tetapi kita perlu menjadi ahli yang aktif. Maksud ahli aktif adalah kita membuat pembelian secara berkala. Untuk menjadi aktif tidak semestinya kita menjadi penjual tetapi cukup sekadar untuk makan sendiri saja.
Keahlian ini kita perlu renew setiap tahun bagi mengaktifkan keahlian kita. Ramai orang yang keliru dan salah anggap dengan masalah ini. Tak perlu pening kepala. Mari Mas terangkan cara renewal membership Shaklee yang mudah tanpa sebarang bayaran. Anda peniaga shaklee atau makan sendiri, caranya tetap sama.
Berapa tempoh aktif ID Shaklee?
Setiap ahli akan menerima Identity Distributor (ID) dan ia sah laku atau aktif dalam tempoh setahun.
Langkah mengaktifkan ID
ID kita akan tamat tempoh atau expired mengikut tarikh lahir. Kita hanya perlu mengikut 2 langkah mudah berikut tanpa sebarang bayaran tambahan.
1. Beli sahaja mana-mana produk shaklee tanpa mengira harga atau bilangan produk.
2. Pastikan anda membuat pembelian 3 bulan sebelum atau 3 bulan selepas tarikh expired iaitu tarikh lahir anda.
Apabila pembelian telah dibuat, secara automatik keahliah anda telah direnew. Anda hanya perlu membayar harga produk dan kos pos jika ada tanpa dikenakan sebarang bayaran tambahan.
Siapa yang perlu renewkan membership?
Upline anda boleh antu anda untuk renewal membership anda tetapi Mas amat sarankan anda renewkan sendiri. Juga semudah ABC. Anda boleh pilih cara di bawah;
1. Layari laman web shaklee dengan menggunakan ID dan password anda sendiri dan beli sebarang produk secara online.
2. Pergi ke mana-mana branch shaklee dan buat pembelian produk di sana.
Apapun kaedah yang anda pilih samada cara 1 atau 2, anda perlu ingat nombor ID anda. Jika anda terlupa boleh hubungi upline anda atau orang yang mendaftarkan anda sebagai ahli shaklee.
Mudahkan? bagi sesiapa yang daftar di bawah Mas, biasanya Mas akan bantu dan guide cara renew.
Anda berminat mendaftar ahli shaklee dengan Mas atau nak mulakan bisnes shaklee bersama team Artami Empire boleh daftar sendiri di link ini atau hubungi Mas. Mas sedia membantu anda. Klik sahaja gambar Mas di bawah untuk pautan whatsapp.
Thursday, May 25, 2023
VITAMIN PERCUMA DENGAN CASH REBATE SHAKLEE
Program RAHMAH pun orang suka apatah lagi dengan barangan percuma, memang ramai yang suka tambahan pula ia adalah barangan yang berkualiti tinggi.
Siapa sangka hanya dengan kongsikan manfaat vivix dan vitamin shaklee yang lainnya, Mas bukan sahaja dapat makan vitamin percuma malah turut dan cash rebate.
Bagaimana nak makan vitamin percuma?
Awal mula dulu Mas mulakan dengan minum vivix sebab Mas susah nak makan ubat dan jamu. Bila badan dah makin berusia, Mas perlu cari sesuatu untuk kekalkan kesihatan badan tambahan pula Mas perlu uruskan suami yang kurang sihat dan anak-anak yang masih bersekolah.
Selain itu, suami Mas juga ambil vivix untuk masalah gout dan usaha penyembuhan luka pembedahan yang telah dia jalani. MasyaAllah dengan izin Allah, vivix sangat membantu masalah kami. Bermula daripada itu, Mas kongsikan dengan rakan-rakan manfaat vivix apabila mereka bertanya bagaimana luka suami Mas berjaya sembuh dengan cepat.
Tanpa sedar, setiap pembelian yang Mas telah melayakkan Mas mendapat cash rebate yang juga dikenali sebagai bonus bulanan. Jumlah cash rebate ini pula Mas dapat melebihi daripada jumlah pembelian vitamin setiap bulan. Seolahnya, Shaklee telah mengembalikan wang yang Mas keluarkan untuk membeli vitamin. Inilah yang dikatakan makan vitamin percuma.
Inilah konsep asas Shaklee iaitu Use, Share, Build (USB). Apabila kita dah guna, sebarkan kepada orang lain agar mereka juga dapat manfaat, daripada situ kita membina jaringan dan akan sama-sama nikmati kesihatan, cash rebate Dan vitamin percuma bersama.
Setiap produk Shaklee ada mata ganjaran yang kita kumpul dan ditebus pada setiap bulan. Lagi besar mata ganjaran terkumpul, lagi besar bonus atau cash rebate yang akan diperoleh.
Bagaimana nak sertai kami? Hubungi Mas dengan klik gambar di bawah atau daftar secara kendiri di sini.
Thursday, May 18, 2023
Youth Skincare Shaklee - Cinta Pandang Pertama
Penjagaan wajah memang sinonim dengan wanita sebab di mana ada wanita, disitu ada kecantikan. Cantik dan wanita memang tak dapat dipisahkan. Sebab itulah ramai wanita ke spa untuk merawat wajah dan tubuh.
Agak berlainan dengan Mas. Paling malas dan tak suka adalah jaga wajah. Terasa ianya cerewet dan merimaskan. Tak selesa dengan tepekan pelbagai macam di muka. Cukup sekadar secalit lipstik dan selapis bedak compact.
Sebenarnya Mas tak berapa percaya dengan sebarang produk terutama produk yang perlu diletakkan di kulit wajah walaupun sekadar pencuci muka.
Jatuh cinta dengan YOUTH Skincare
Segalanya bermula pada tahun 2020 dan ia pengalaman pertama mobile spa. Segalanya bermula pada tahun pertama Mas mengenali dan memulakan bisnes Shaklee. Ketika itu Mas hanya mengamal dan menjual vivix. Alhamdulillah Mas berjaya mencapai rank up Supervisor.
Di sinilah Mas mula mengenali Youth apabila upline Mas menghadiahkan pakej facial spa yang menggunakan 100% produk youth sckincare atas kejayaan yang telah Mas kecapi.
Kali pertama Mas menggunakan youth dan terus jatuh cinta yang mendalam. Youth bukan sahaja produk yang selamat malah ia produk beyond organik.
Kulit Kusam tiada lagi
Disebabkan Mas tidak pernah menggunakan sebarang produk di wajah malah tidak menitikberatkan kesihatan kulit menyebabkan kulit muka Mas kusam, berjeragat dan kasar.
Namun apabila Mas membuat facial menggunakan youth, walaupun kali pertama tetapi ia telah memberikan impak yang sangat baik.
![]() |
| Kini youth menjadi teman setia Mas walau ke mana sahaja |
* Youth telah membantu memperbaiki dan mencerahkan kulit kerana ia mengandungi vitamin C dan E yang sangat diperlukan bagi melawan radikal bebas bagi membantu menperbaiki kusam kusam.
* Youth bukan sahaja merawat kulit wajah secara luaran tetapi ia juga merawat hingga ke akar kerana youth diperkaya dengan nutrisi dalam setiap produknya seperti kolagen dan asid hiauronik dan antioksidan.
Nutrisi ini amat membantu bagi mengurangkan dan mengawal tanda-tanda penuaan. Oleh itu bagi pengguna youth skincare, tidak mustahil bagi mereka kelihatan awet muda ditambah lagi jika mereka turut mengamalkan set cantik premium yang terdiri daripada ESP, vitamin C, Omega, Vivix dan kolagen.
* Bukan itu sahaja tetapi youth juga dilengkapi dengan pelindungan sinar UV bagi melindungi kulit wajah daripada bahaya sinaran UV . Oleh itu ia dapat mengurangkan risiko pigmentasi dan kulit kusam.
Apa yang membuatkan Mas lebih teruja lagi adalah, dengan youth ini juga Mas kini boleh menjana duit hari-hari apabila Mas memberikan khidmat mobile home spa BOTG (Beauty On The Go).
Mas yang dulunya mengabaikan penjagaan wajah kini Mas semakin bijak mengurus dan menggayakan produk youth setelah mengikuti kelas bisnes Home Mobile Spa BOTG.
Kelas ini menyediakan latihan amali dan ia terbuka kepada sesiapa sahaja yang berminat dengan penjagaan wajah dan ingin membuka mobile spa dengan modal yang mampu milik dan fleksibel.
Anda berminat membuka spa dengan modal yang rendah tetapi berikan pulangan yang besar? klik gambar Mas di bawah dan Mas akan bantu anda mencapai impian yang telah lama anda idamkan.
#barangbaikkenakongsi
Sunday, May 14, 2023
Set Hello New Tou : Apa kata mereka?
Saturday, May 13, 2023
KELAS BISNES FACIAL TERKINI BOTG
Masih tercari-cari part time job yang faksibel, murah tapi lumayan?
Seperti yang Mas katakan di entry sebelum ini, KHIDMAT PELANGGAN adalah part time job yang high demand. Zaman sekarang adalah zaman berkejaran, masing-masing mengejar masa dan sentiasa sibuk menyebabkan mereka perlukan bantuan daripada pihak ketiga bagi mengatasi masalah mereka.
So, inilah peluang yang perlu kita rebut. Antara servis yang boleh kita lakukan adalah spa bergerak iaitu bisnes Home and Mobile Spa . Ia tidak terikat dengan masa samada masa kita atau masa pelanggan.
Ramai wanita ingin kelihatan cantik tetapi ramai antara mereka yang menghadapi kekangan masa untuk menjaga kecantikan apatah lagi mengunjungi spa.
Dengan Home and Mobile Spa, kita yang datang kepada mereka mengikut ruang waktu yang mereka pilih. Ia boleh dilakukan di mana-mana sahaja samada di rumah atau lain-lain tempat yang sesuai.
Anda tidak ada pengalaman?
Jangan risau, Mas dan team ada menyediakan kelas bisnes facial untuk anda sertai. Pakej yang disediakan oleh Team Beauty On The Go (BOTG) adalah mampu milik dan pratikal.
Apa istimewanya Kelas Facial BOTG?
1. Kursus Spa yang praktikal dan flaksibel.
Biasanya kita terpaksa mengikut jadual penganjur tapi bersama kami, boleh kawtim. Anda sibuk? kita selak kalander dan cari waktu yang sesuai. Anda surirumah? Jangan risau, bawa sahaja anak bersama ketika menjalani kursus.
2. Training cepat dan mudah.
Kursus diberikan oleh mereka yang berpengalaman dengan teknik yang mudah dan pantas. Kaedah face to face akan membuatkan anda mudah faham dan boleh berinteraksi.
3. Barang asas Spa disediakan
Kurus adalah dalam bentuk praktikal dan barang asas spa turut disediakan. Anda boleh memulakan bisnes sebaik sahaja tamat kursus.
4. Produk Lengkap
Bukan sahaja barangan asas spa tetapi produk lengkap juga telah tersedia. Produk ini adalah organik dan dijamin selamat.
5. Modul BOTG terbaik
Modul Home and Mobile Spa BOTG telah disusun dengan teliti oleh mereka yang berpengalaman membuat ia difahami dan dapat diapply secara terus sebaik sahaja tamat kursus.
6. Sijil penyertaan kursus
Turut disediakan sijil bagi menyatakan penyertaan dan telah tamat kursus.
7. Ilmu Spa
Jaminan peluang memperoleh pendapatan hari-hari dengan ilmu yang telah dibekalkan. Ilmu ibarat "magnet wang". Bila berilmu, kita boleh gunakannya untuk menjana pendapatan.
8. Support Group
Anda tidak dibiarkan keseorang setelah tamat kursus tetapi kami mempunyai support group dan mentor sentiasa bersama untuk berikan bimbingan secara berkala.
9. Kelas Nutrisi
Kecantikan bukan sahaja diluaran tetapi juga dalaman. Oleh itu alumni BOTG turut diberikan kelas nutrisi bagi mengekalkan kesihatan dan kecantikan. Kelas ini akan diberikan oleh our Certified Nutritionist agar Beautician BOTG sentiasa berilmu dan bijak dalam mengekalkan kesihatan dan kecantikan dalam dan luar.
Pakej BOTG 2023
Pakej bagi kursus Home and Mobile Spa BOTG sesi 2023 ini berjumlah RM1999. Dalam pakej ini telahpun dilengkapi dengan;
*Full set of Youth Skincare
*Natural Scrub
*Natural Masker
*Additional of 2 types of Mask (Gold & Clay)
Bukan sekadar itu sahaja tetapi turut juga disertakan dengan;
*Beg Spa
*Trial kit Spa
*Ion massage
*Sijil penyertaan
*Hardcopy module
Home and Mobile Spa BOTG ini mendapat sambutan hangat kerana ini mampu memberikan pulangan lumayan dan duit hari-hari. Kami akan bantu anda dapatkan kembali modal yang telah dikeluarkan dan dapatkan cash keuntungan berganda.
Jom kekalkan kecantikan dari wanita untuk wanita.
Terus hubungi Mas dengan hanya klik gambar di bawah
#kursusspamurah
#spashaklee
#mobilespa
#mobilespamalaysia
#kelasspaonline
Vitamin E mencantikkan kulit
Vitamin E mencantikkan kulit? selalunya orang heboh mengatakan vitamin C untuk kecantikan kulit. Jarang sangat dengar Vitamin E baik dan ama...
-
Vitamin E mencantikkan kulit? selalunya orang heboh mengatakan vitamin C untuk kecantikan kulit. Jarang sangat dengar Vitamin E baik dan ama...
-
Lambakan supplement di pasaran membuatkan ramai yang keliru untuk membuat pilihan yang tepat dan selamat. Tujuan kita mengambil supplement...
-
Masih tercari-cari part time job yang faksibel, murah tapi lumayan? Seperti yang Mas katakan di entry sebelum ini, KHIDMAT PELANGGAN adala...





















































