Pages

Saturday, February 25, 2023

Review Projek Blog Mega Shaklee 1.0 - Satu Permulaan

 


Apabila super-duper upline Shaklee Mas, Master Norita membuka peluang semua anak cucu cicit Shakleenya menyertai Projek Blog Mega Shaklee 1.0, Mas rasa sangat teruja. Mas memang dah lama nak menulis blog tapi tak ada kekuatan sebab kurang ilmu dan tak ada dorongan. Bila projek ini dibuka, ia membuka satu peluang keemasan yang tidak boleh dilepaskan. 


Mas cabar diri untuk sertainya walaupun Mas bukan seorang penulis yang baik. Melalui Projek Blog Mega 1.0 ini Mas dapat pelajari pelbagai ilmu dengan bimbingan Moderator Master Salwa yang berpengatahuan luas dalam dunia blog. Malah semua peserta turut bergandingan menjayakan projek ini tanpa mengira siapa mereka dalam Shaklee.  


Dalam projek Blog Mega Shaklee 1.0 kami telah diberikan 2 tugasan. Mas amat mengharapkan agar Panduan Memulakan Intermittent Fasting  dapat memberi manfaat kepada mereka yang baru nak berjinak dengan Intermittent Fasting (IF) dan  set kurus shaklee dapat membantu menurunkan berat badan secara sihat. Malah untuk dapatkan kesan yang lebih optimum, beberapa produk tambahan dan team support turut disediakan. 




Menang hadiah Nutriferon 


Mas tak pernah bermimpi akan memenangi hadiah  dalam projek Blog mega Shaklee sebab hasrat utama adalah untuk belajar menulis blog. Irfan Khairi pernah mengatakan bahawa blog adalah kedai online yang sentiasa dibuka 24 jam dan ia adalah medium bisnes jangka panjang. Sebab itulah Mas nak belajar menulis blog bagi meningkatkan perestasi diri dan alhamdulillah Mas berjaya selesaikan task dan berjaya memenangi Nutriferon iaitu salah satu produk yang meningkatkan imunisasi badan




Teruja Blog Mega Shaklee 2.0


Biarlah orang nak kata dapat betis nak peha sekalipun,Mas tak kisah asalkan dapat ilmu yang bermanfaat dan ilmu yang ada disebarkan pula kepada orang lain agar sama-sama dapat manfaat. 


Target utama Projek Blog Mega Shaklee adalah untuk mencetuskan wave shaklee dan Mas ingin menjadi salah seorang pencetusnya. 


Tak salah jika kita merebut peluang yang terbuka luas dan inshaallah tiap titik peluh dan usaha kita akan dinilai oleh Allah. 


Tambahan pula hadiah Projek Mega Shaklee 2.0 lebih lumayan dan perlaksanaannya juga berbeza. Tak sabar dengan task yang akan diberikan. Ia mungkin lebih mencabar tetapi Mas sedia sahut cabaran positif demi masa depan. 


Pengalaman dan ilmu ini akan Mas gunapakai dalam team Mas sendiri iaitu Artami Empire. 


#blogmegashaklee
#shakleethirive2023
#shakleetriumph2023
#cikgumasshaklee
#artamiempire
#barangbaikkenakongsi

9 Sebab kenapa Bestnya Komuniti Bisnes Shaklee

Antara sebab Mas memilih bisnes Shaklee adalah kerana komuniti bisnes shaklee sangat best. Walaupun Mas baru setahun jagung dalam keluarga Shaklee tapi seperti telah lama bertapak bersama mereka. 



1.  Mas Kenali Shaklee pada tahun 2020 atas alasan mencari suppliment untuk kesihatan. Alhamdulillah Mas dan keluarga semakin sihat. Daripada situ Mas diajar kongsikan shaklee effect agar orang lain juga turut dapat manfaat dan kesihatan yang lebih baik.  



bonus bulan kedua  menyertai shaklee 


2. Bila kita nak berkongsi dan menceritakan kebaikan produk, kita perlukan ilmu. Dalam komuniti Shaklee, kita dapat belajar banyak ilmu. Kelas-kelas disediakan secara percuma dan berkala. Kelas ini pula bukan terarah kepada orang tertentu sahaja tetapi turut diberikan kepada seluruh keluarga Shaklee temasuklah kelas marketing dan kerohanian. 


3. Daripada kelas dan group support yang disediakan, kita akan mendapat ramai kenalan baru bukan sahaja dalam team kita malah juga daripada super duper upline dan side line. Walaupun tak pernah bersua tapi kemesraan kami seperti telah lama saling mengenali. Lagi best, tiada istilah lokek ilmu atau berhasad dengki. Kita lakukan bersama dan kita grow bersama.


4. Inilah yang dikatakan komuniti bisnes Shaklee sangat best kerana kami berada dalam circle yang positif. Kami menjual produk yang sama, kami berkongsi idea dan ilmu yang sama, kami juga berada dalam kumpulan yang sama. Malah kami juga berkongsi poster-poster, video dan gambar yang sama tetapi kami tidak pernah ada rasa ingin jatuh menjatuhkan malahan kami saling mendoakan. 


5. Dalam komuniti bisnes Shaklee ini,ukhwah kami semakin rapat dan kami saling menyokong. Tiada jurang antara upline dan downline atau side line.  Setiap daripada kami punyai perjalanan dan pengalaman yang berbeza. Kami berkongsi cerita, menjadi pendengar yang setia dan tanpa sedar kami saling memberi inspirasi dan lebih bersyukur. 



kami saling menyokong tanpa mengira rank


6. Perkongsian kami dalam komuniti bisnes Shaklee buatkan jiwa kami semakin kuat dan kental. Rejection? bukan lagi masalah besar bagi kami sebab matlamat utama kami adalah memberitahu, berkongsi dan membantu. Pergantungan kepada Allah kami utamakan kerana Dia Maha Pengasih dan kami berTuhankan Allah yang Maha Kaya.  


7.  Dalam komuniti bisnes Shaklee ini kami dilatih mengenal erti berkongsi dan memberi. Bukan sahaja kepada keluarga malah juga masyarakat yang memerlukan. 'Tabung Subuh' yang disepakati dalam team, membuka ruang kepada kami menghulurkan bantuan kepada yang memerlukan seperti mangsa bencana alam, ifthor anak yatim dan sebagainya. Kami berbisnes berjemaah, kami beramal berjemaah. 


8. Layanan sama rata daripada syarikat shaklee tanpa mengira pangkat atau rank dalam Shaklee. Sebagai contoh, semua leader bermula daripada Supervisor hinggalah ke Master Coordinator diraikan dalam majlis yang sama iaitu BLNC. Dalam majlis ini, kami duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi, hadiah yang disediakan juga tiada beza. 



souvenir BLNC 2022

 
9. Syarikat Shaklee memberikan sokongan padu kepada semua  distributornya. Bagi membantu komuniti bisnes shaklee, pihak syarikat menyediakan pelbagai platform capaian mudah termasuklah menyediakan bahan-bahan marketing dan juga kelas nutrisi. Malah syarikat turut membuka ruang dan peluang yang sangat luas kepada semua distributor. Sesiapa sahaja tanpa mengira junior atau senior, upline atau downline, semua berpeluang mencapai Master Coordinator dalam shaklee. 


Inilah kelebihan komuniti bisnes shaklee. Jika anda ingin menyertai komuniti bisnes shaklee kami yang sangat best ini, Mas sedia guide anda untuk kita sama-sama berjaya, insyaallah. 


Bukan bulan bintang yang Mas janjikan tetapi dengan keyakinan, persekitaran dan pergantungan kita kepada Allah, segalanya tidak mustahil. 

klik gambar untuk hubungi Mas




#blogmegashaklee
#shakleethirive2023
#shakleetriumph2023
#cikgumasshaklee
#artamiempire
#barangbaikkenakongsi


Tuesday, February 14, 2023

HELLO NEW YOU - Set Kurus Shaklee




Nak kurus, cantik dan sihat dalam satu masa? anda perlu bijak dan berdisiplin. Shaklee menyediakan set kurus yang boleh membantu mengurangkan lemak yang terkumpul dalam tubuh badan.


Secara asasnya Set Hello New You adalah set kurus pilihan ramai yang terdiri daripada empat produk yang diperlukan ketika proses menurunkan berat badan. Set Kurus Shaklee ini adalah pelengkap nutrisi sepanjang Intermittent Fasting dijalankan.  


Mengapa set Hello New You diperlukan?

Antara langkah terbaik untuk menurunkan berat badan adalah menjalankan Intermittent Fasting iaitu berpuasa selama 12-20 jam. Bagi memastikan tubuh kekal cergas bertenaga dan penurunan berat badan yang berjaya, nutrisi lengkap amat diperlukan. Semua ini ada di dalam Set Kurus Shaklee Hello New You. 





Cinch Shake

Chinch Shake Shaklee mempunyai 3 perisa iaitu Chocolate, Cafe Latte dan vanila dan ia merupakan minuman berasaskan protien soya bukan GMO yang mengenyangkan dalam tempoh yang lama. 

Ia juga meningkatkan metabolisme badan dan memelihara otot. Oleh itu, tubuh tidak akan menggeleber walaupun berlaku penurunan berat bandan yang banyak.  

Cinch turut diperkaya dengan leusine untuk memelihara otot dan ia juga tinggi kandungan serat iaitu 6 gram dalam setiap hidangan. Ia boleh diminum begitu sahaja atau boleh juga variety kannya dengan buah-buahan segar, susu rendah lemak, yogurt dan sebagainya.


Herba-lax 

Set Kurus Shaklee dilengkapkan dengan Herba lax iaitu agen detox semulajadi yang bertindak sebagai penyahtoksin lemak dan lendir pada dinding usus melalui pembuangan air besar. 

Proses detoksifikasi menjadikan usus lebih bersih dan ini membantu tubuh menyerap nutrien pada tahap optimum. Usus yang kotor akan menjejaskan kesihatan kulit dan membantutkan proses penurunan berat badan. 

                      


Omega guard 

Omega Guard yang terdapat di dalam Set Kurus Shaklee bertindak menyingkirkan lemak dalam tubuh. Ia mengandungi Omega-3 Fatty Acid yang berupaya mengawal hormon dalam tubuh antaranya hormon LEPTIN yang berfungsi mengawal selera makan. 

Pengambilan omega sebelum bersenam akan meningkatkan motabolisme bagi membantu mempercepatkan pembakaran lemak jahat. 


Lecithin 

Tubuh manusia tidak menghasilkan lecithin namun lecithin amat diperlukan untuk memecahkan lemak. Lecithin shaklee berasaskan soya kerana soya kaya dengan sumber lecithin malah ia bebas kolestrol. 

Gabungan omega guard dan lecithin dalam Set Kurus Shaklee mempercepatkan lagi penurunan berat badan. Ia bertindak serentak memecah dan membakar lemak samada ketika pergerakkan senaman atau tidur di waktu malam. 

Inilah antara sebab pengambilan set Hello New You  digalakkan. Jika inginkan kesan yang lebih pantas, tambahan vivix adalah yang terbaik. 


Vivix



Vivix adalah produk premium dalam Set Kurus Shaklee yang kaya dengan antioxidant kerana ia mampu menembusi sel hingga ke peringkat DNA. Ia juga minuman botani anti-aging terbaik.

Peranan vivix dalam Set Kurus Shaklee amat penting kerana kandungan Polifenol di dalamnya membantu keupayaan otot menyerap gula dan seterusnya mengelakkan lebihan gula tersimpan di dalam lapisan lemak. 

Kandungan Polifenol di dalam vivix ini juga membantu meningkatkan metabolisme yang semakin menurun disebabkan peningkatan usia selain daripada bertindak sebagai penggalak pemecah lemak. 


Penurunan berat badan berkait rapat dengan gaya hidup sihat. Tanpa bersenam dan makan berlebihan tidak akan membantu berat badan turun dengan cepat. Intermittent Fasting dan Set Kurus Shaklee adalah salah satu cara terbaik mendidik cara pemakanan berjadual yang berkesan. Panduan memulakan Intermittent Fasting ini amat sesuai untuk anda. 


Anda boleh jalankan Intermittent Fasting dengan menyertai IFlat dan dapatkan set IFlat pilihan dengan klik gambar di bawah ;


 


#blogmegashaklee
#shakleethirive2023
#shakleetriumph2023
#cikgumasshaklee
#artamiempire
#barangbaikkenakongsi

Thursday, February 9, 2023

Panduan memulakan Intermittent Fasting

Mungkin anda pernah mendengar Intermittent Fasting tapi masih belum pernah lakukannya. Bagi mereka yang baru nak mencuba, Mas berikan sedikit panduan dan tips. 


Kenali intermittent fasting




Intermittent fasting atau singkatannya IF adalah salah satu kaedah menyusun pemakanan sihat mengikut jadual dan waktu tertentu. Walaupun sedang berpuasa namun masih boleh mengambil minuman. Puasa ini pula dalam tempoh waktu tertentu iaitu antara 12-40 jam. 

Bagi mereka yang baru nak berjinak dengan intermittent fasting, kemungkinan akan  mengalami hipoglikemik atau dalam ertikata lainnya kadar gula rendah. Jika ini berlaku, mereka akan mengalami pening, mual, sakit kepala atau degupan jantung yang laju.

Keadaan ini berlaku disebabkan oleh pembakaran glikogen (glukosa yang disimpan) pada hati dan otot dan ia mula membakar lemak. Namun begitu hal ini hanya berlaku diperingkat awal sementara tubuh menyesuaikan diri dengan intermittent fasting.

Cara melakukan intermittent fasting  


Bagi mereka yang baru nak mulakan intermittent fasting, anda digalakkan memulakan dengan kaedah 16/8 yang bermaksud berpuasa selama16 jam pada sebelah malam. Pastikan pengambilan makan malam selewatnya pada jam 8 malam dan mulakan pengambilan  makan seawal 10 pagi. 




Tips membiasakan intermittent fasting 


- Banyakkan minum air masak putih bagi memastikan tubuh dapat melalui tempoh berpuasa dengan baik. 

- Berhenti pengambilan makan di waktu malam kerana waktu tidur adalah tempoh waktu berpuasa yang paling mudah. 

- Sibukkan diri anda aktiviti sebagai usaha mengelakkan perhatian dengan makanan.

- Latih minda waktu berpuasa bukan waktu melawan lapar tetapi waktu merehatkan tubuh daripada makan. 

- Seiringkan intermittent fasting dengan aktiviti fizikal walaupun dengan senaman ringan secara rutin 2-3 kali seminggu.

- Jika kita berpuasa di siang hari seperti di sepanjang bulan ramadhan, mulakan hari penuh ceria bersahur dengan Soy protien Shaklee ESP untuk kekal kenyang dan bertenaga sepanjang hari. 



Untuk dapatkan lebih banyak tips, panduan dan petua boleh terus setia bersama Mas di artikel seterusnya atau terus hubungi Mas. Klik gambar di bawah ;





#blogmegashaklee
#shakleethirive2023
#shakleetriumph2023
#cikgumasshaklee
#artamiempire
#barangbaikkenakongsi