Pages

Thursday, February 9, 2023

Panduan memulakan Intermittent Fasting

Mungkin anda pernah mendengar Intermittent Fasting tapi masih belum pernah lakukannya. Bagi mereka yang baru nak mencuba, Mas berikan sedikit panduan dan tips. 


Kenali intermittent fasting




Intermittent fasting atau singkatannya IF adalah salah satu kaedah menyusun pemakanan sihat mengikut jadual dan waktu tertentu. Walaupun sedang berpuasa namun masih boleh mengambil minuman. Puasa ini pula dalam tempoh waktu tertentu iaitu antara 12-40 jam. 

Bagi mereka yang baru nak berjinak dengan intermittent fasting, kemungkinan akan  mengalami hipoglikemik atau dalam ertikata lainnya kadar gula rendah. Jika ini berlaku, mereka akan mengalami pening, mual, sakit kepala atau degupan jantung yang laju.

Keadaan ini berlaku disebabkan oleh pembakaran glikogen (glukosa yang disimpan) pada hati dan otot dan ia mula membakar lemak. Namun begitu hal ini hanya berlaku diperingkat awal sementara tubuh menyesuaikan diri dengan intermittent fasting.

Cara melakukan intermittent fasting  


Bagi mereka yang baru nak mulakan intermittent fasting, anda digalakkan memulakan dengan kaedah 16/8 yang bermaksud berpuasa selama16 jam pada sebelah malam. Pastikan pengambilan makan malam selewatnya pada jam 8 malam dan mulakan pengambilan  makan seawal 10 pagi. 




Tips membiasakan intermittent fasting 


- Banyakkan minum air masak putih bagi memastikan tubuh dapat melalui tempoh berpuasa dengan baik. 

- Berhenti pengambilan makan di waktu malam kerana waktu tidur adalah tempoh waktu berpuasa yang paling mudah. 

- Sibukkan diri anda aktiviti sebagai usaha mengelakkan perhatian dengan makanan.

- Latih minda waktu berpuasa bukan waktu melawan lapar tetapi waktu merehatkan tubuh daripada makan. 

- Seiringkan intermittent fasting dengan aktiviti fizikal walaupun dengan senaman ringan secara rutin 2-3 kali seminggu.

- Jika kita berpuasa di siang hari seperti di sepanjang bulan ramadhan, mulakan hari penuh ceria bersahur dengan Soy protien Shaklee ESP untuk kekal kenyang dan bertenaga sepanjang hari. 



Untuk dapatkan lebih banyak tips, panduan dan petua boleh terus setia bersama Mas di artikel seterusnya atau terus hubungi Mas. Klik gambar di bawah ;





#blogmegashaklee
#shakleethirive2023
#shakleetriumph2023
#cikgumasshaklee
#artamiempire
#barangbaikkenakongsi

No comments:

Post a Comment

Komen anda keutamaan kami untuk menjadikan kami lebih teguh dan terbaik

Vitamin E mencantikkan kulit

Vitamin E mencantikkan kulit? selalunya orang heboh mengatakan vitamin C untuk kecantikan kulit. Jarang sangat dengar Vitamin E baik dan ama...