Pages

Saturday, February 25, 2023

9 Sebab kenapa Bestnya Komuniti Bisnes Shaklee

Antara sebab Mas memilih bisnes Shaklee adalah kerana komuniti bisnes shaklee sangat best. Walaupun Mas baru setahun jagung dalam keluarga Shaklee tapi seperti telah lama bertapak bersama mereka. 



1.  Mas Kenali Shaklee pada tahun 2020 atas alasan mencari suppliment untuk kesihatan. Alhamdulillah Mas dan keluarga semakin sihat. Daripada situ Mas diajar kongsikan shaklee effect agar orang lain juga turut dapat manfaat dan kesihatan yang lebih baik.  



bonus bulan kedua  menyertai shaklee 


2. Bila kita nak berkongsi dan menceritakan kebaikan produk, kita perlukan ilmu. Dalam komuniti Shaklee, kita dapat belajar banyak ilmu. Kelas-kelas disediakan secara percuma dan berkala. Kelas ini pula bukan terarah kepada orang tertentu sahaja tetapi turut diberikan kepada seluruh keluarga Shaklee temasuklah kelas marketing dan kerohanian. 


3. Daripada kelas dan group support yang disediakan, kita akan mendapat ramai kenalan baru bukan sahaja dalam team kita malah juga daripada super duper upline dan side line. Walaupun tak pernah bersua tapi kemesraan kami seperti telah lama saling mengenali. Lagi best, tiada istilah lokek ilmu atau berhasad dengki. Kita lakukan bersama dan kita grow bersama.


4. Inilah yang dikatakan komuniti bisnes Shaklee sangat best kerana kami berada dalam circle yang positif. Kami menjual produk yang sama, kami berkongsi idea dan ilmu yang sama, kami juga berada dalam kumpulan yang sama. Malah kami juga berkongsi poster-poster, video dan gambar yang sama tetapi kami tidak pernah ada rasa ingin jatuh menjatuhkan malahan kami saling mendoakan. 


5. Dalam komuniti bisnes Shaklee ini,ukhwah kami semakin rapat dan kami saling menyokong. Tiada jurang antara upline dan downline atau side line.  Setiap daripada kami punyai perjalanan dan pengalaman yang berbeza. Kami berkongsi cerita, menjadi pendengar yang setia dan tanpa sedar kami saling memberi inspirasi dan lebih bersyukur. 



kami saling menyokong tanpa mengira rank


6. Perkongsian kami dalam komuniti bisnes Shaklee buatkan jiwa kami semakin kuat dan kental. Rejection? bukan lagi masalah besar bagi kami sebab matlamat utama kami adalah memberitahu, berkongsi dan membantu. Pergantungan kepada Allah kami utamakan kerana Dia Maha Pengasih dan kami berTuhankan Allah yang Maha Kaya.  


7.  Dalam komuniti bisnes Shaklee ini kami dilatih mengenal erti berkongsi dan memberi. Bukan sahaja kepada keluarga malah juga masyarakat yang memerlukan. 'Tabung Subuh' yang disepakati dalam team, membuka ruang kepada kami menghulurkan bantuan kepada yang memerlukan seperti mangsa bencana alam, ifthor anak yatim dan sebagainya. Kami berbisnes berjemaah, kami beramal berjemaah. 


8. Layanan sama rata daripada syarikat shaklee tanpa mengira pangkat atau rank dalam Shaklee. Sebagai contoh, semua leader bermula daripada Supervisor hinggalah ke Master Coordinator diraikan dalam majlis yang sama iaitu BLNC. Dalam majlis ini, kami duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi, hadiah yang disediakan juga tiada beza. 



souvenir BLNC 2022

 
9. Syarikat Shaklee memberikan sokongan padu kepada semua  distributornya. Bagi membantu komuniti bisnes shaklee, pihak syarikat menyediakan pelbagai platform capaian mudah termasuklah menyediakan bahan-bahan marketing dan juga kelas nutrisi. Malah syarikat turut membuka ruang dan peluang yang sangat luas kepada semua distributor. Sesiapa sahaja tanpa mengira junior atau senior, upline atau downline, semua berpeluang mencapai Master Coordinator dalam shaklee. 


Inilah kelebihan komuniti bisnes shaklee. Jika anda ingin menyertai komuniti bisnes shaklee kami yang sangat best ini, Mas sedia guide anda untuk kita sama-sama berjaya, insyaallah. 


Bukan bulan bintang yang Mas janjikan tetapi dengan keyakinan, persekitaran dan pergantungan kita kepada Allah, segalanya tidak mustahil. 

klik gambar untuk hubungi Mas




#blogmegashaklee
#shakleethirive2023
#shakleetriumph2023
#cikgumasshaklee
#artamiempire
#barangbaikkenakongsi


No comments:

Post a Comment

Komen anda keutamaan kami untuk menjadikan kami lebih teguh dan terbaik

Vitamin E mencantikkan kulit

Vitamin E mencantikkan kulit? selalunya orang heboh mengatakan vitamin C untuk kecantikan kulit. Jarang sangat dengar Vitamin E baik dan ama...