Pages

Saturday, February 25, 2023

Review Projek Blog Mega Shaklee 1.0 - Satu Permulaan

 


Apabila super-duper upline Shaklee Mas, Master Norita membuka peluang semua anak cucu cicit Shakleenya menyertai Projek Blog Mega Shaklee 1.0, Mas rasa sangat teruja. Mas memang dah lama nak menulis blog tapi tak ada kekuatan sebab kurang ilmu dan tak ada dorongan. Bila projek ini dibuka, ia membuka satu peluang keemasan yang tidak boleh dilepaskan. 


Mas cabar diri untuk sertainya walaupun Mas bukan seorang penulis yang baik. Melalui Projek Blog Mega 1.0 ini Mas dapat pelajari pelbagai ilmu dengan bimbingan Moderator Master Salwa yang berpengatahuan luas dalam dunia blog. Malah semua peserta turut bergandingan menjayakan projek ini tanpa mengira siapa mereka dalam Shaklee.  


Dalam projek Blog Mega Shaklee 1.0 kami telah diberikan 2 tugasan. Mas amat mengharapkan agar Panduan Memulakan Intermittent Fasting  dapat memberi manfaat kepada mereka yang baru nak berjinak dengan Intermittent Fasting (IF) dan  set kurus shaklee dapat membantu menurunkan berat badan secara sihat. Malah untuk dapatkan kesan yang lebih optimum, beberapa produk tambahan dan team support turut disediakan. 




Menang hadiah Nutriferon 


Mas tak pernah bermimpi akan memenangi hadiah  dalam projek Blog mega Shaklee sebab hasrat utama adalah untuk belajar menulis blog. Irfan Khairi pernah mengatakan bahawa blog adalah kedai online yang sentiasa dibuka 24 jam dan ia adalah medium bisnes jangka panjang. Sebab itulah Mas nak belajar menulis blog bagi meningkatkan perestasi diri dan alhamdulillah Mas berjaya selesaikan task dan berjaya memenangi Nutriferon iaitu salah satu produk yang meningkatkan imunisasi badan




Teruja Blog Mega Shaklee 2.0


Biarlah orang nak kata dapat betis nak peha sekalipun,Mas tak kisah asalkan dapat ilmu yang bermanfaat dan ilmu yang ada disebarkan pula kepada orang lain agar sama-sama dapat manfaat. 


Target utama Projek Blog Mega Shaklee adalah untuk mencetuskan wave shaklee dan Mas ingin menjadi salah seorang pencetusnya. 


Tak salah jika kita merebut peluang yang terbuka luas dan inshaallah tiap titik peluh dan usaha kita akan dinilai oleh Allah. 


Tambahan pula hadiah Projek Mega Shaklee 2.0 lebih lumayan dan perlaksanaannya juga berbeza. Tak sabar dengan task yang akan diberikan. Ia mungkin lebih mencabar tetapi Mas sedia sahut cabaran positif demi masa depan. 


Pengalaman dan ilmu ini akan Mas gunapakai dalam team Mas sendiri iaitu Artami Empire. 


#blogmegashaklee
#shakleethirive2023
#shakleetriumph2023
#cikgumasshaklee
#artamiempire
#barangbaikkenakongsi

No comments:

Post a Comment

Komen anda keutamaan kami untuk menjadikan kami lebih teguh dan terbaik

Vitamin E mencantikkan kulit

Vitamin E mencantikkan kulit? selalunya orang heboh mengatakan vitamin C untuk kecantikan kulit. Jarang sangat dengar Vitamin E baik dan ama...