Semua orang ingin berjaya dalam bidang yang mereka ceburi tetapi untuk berjaya, pastikan kejayaan itu diredhai oleh Allah s.w.t. Selagimana kita menjaga hubungan dengan Allah dan manusia, Dia pasti akan makbulkan impian kita seiring dengan redha-Nya. Allah telah memberikan motivasi kepada kita dengan janji-Nya;
Firman Allah SWT yang bermaksud:
“Dan sesiapa yang bertaqwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya), nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya)”
Surah At-Talaaq: 2
Kejayaan tak datang bergolek
Untuk berjaya, kita perlu berusaha dan tiap usaha kita pasti Allah akan berikan ganjaran. Dalam usaha itu perlu ada kesabaran dan sabar pula pasti akan disulami dengan cabaran dan dugaan kerana Allah ingin menguji kesabaran dan ketekunan kita sebelum Dia kurniakan kejayaan.
Oleh itu bersangka baiklah denganAllah dan berdamailah dengan takdir. Jadikan ia sebagai motivasi untuk kita berjaya.
Beberapa perkara perlu kita ambilkira dan hadapinya dengan tenang jika kita inginkan kejayaan itu menjadi milik kita.
1. Percaya kepada potensi diri
Jangan mudah mengalah dan merendah diri tidak bertempat. Setiap manusia mempunyai potensi diri. Berikan peluang untuk diri kita menyerlahkan potensinya.
2. Tetapkan matlamat dan impian
Tentukan matlamat dan pasanglah impian setingg gunung kerana orang yang berjaya adalah orang yang berimpian besar. Dia akan berusaha gigih untuk jadikan impiannya sebagai satu kenyataan.
3. Berani harungi cabaran
Jangan jadikan cabaran itu sebagai pematah semangat tetapi jadikan ia sebagai batu loncatan. Cabaran itu adalah peluang untuk kita bertindak. Jangan sesekali sesakkan fikiran dengaan masalah dan bilangan cabaran yang perlu dihadapi tetapi fokuskan pemikiran untuk terus melangkah ke hadapan.
Lambat atau cepat kejayaan itu pasti menjadi milik kita jika kita tidak putus asa dan terus berjuang. Apabila kita merasakan semakin lemah, carilah mereka yang boleh menaikkan kembali semangat atau bacalah kata-kata motivasi yang boleh mengingatkan kembali matlamat dan impian kita.
Bukan susah nak susah dan bukan senang nak senang.
No comments:
Post a Comment
Komen anda keutamaan kami untuk menjadikan kami lebih teguh dan terbaik