Bercuti memang menyeronokkan terutama bila pergi bersama orang yang tersayang tapi kadangkala bercuti bersama rakan-rakan lebih menyeronokkan. kerana lebih santai dan gila-gila.
Dengan siapa pun kita bercuti, persiapan sebelum travel itu sangat penting bagi memastikan percutian kita tidak terganggu.
Antara persiapan atau tips travel yang boleh kita tekankan adalah
Rancang tempat percutian |
Tentukan tempat percutian dan buat sedikit reseach
Tips travel ini penting tau walau ke mana pun destinasi kita. Tentukan lokasi dan buat sedikit study tempat percutian tersebut agar semuanya berjalan lancar dan selamat.
Sesetengah orang humble je bila bercuti tetapi mengkaji tempat yang dituju itu tetap perlu dilakukan. Sekurang-kurangnya kita ambil tahu tentang kos, budaya atau peraturan setempat tambahan pula jika kita travel ke negara luar.
Rancang hari pertama
Hari pertama adalah penentu mood percutian anda. Oleh itu tips travel ini sangat penting bagi memastikan percutian kita berjalan lancar, menarik atau sebaliknya.
Kenalpasti tempat atau negara yang hendak dikunjungi, tempat penginapan, kenderaan yang digunakan dan tempat-tempat menarik yang ingin dilawati atau ertikata lain, apa aktiviti yang akan dilakukan di sana nanti.
bercuti bersama orang tersayang |
Hari terakhir percutian
Ini juga perlu diambilkira. Jangan sesekali ambil mudah terutama bila kita menggunakan kenderaan awam samada bus, keretapi atau kapal terbang.
Pastikan anda tidak ketinggalan kenderaan yang anda naiki. check-out hotel pada waktu yang ditentukan. Jangan anda terleka hingga terlupa waktu check-out pula.
Jarak penginapan anda dengan lapangan terbang atau bus perlu dititikberatkan agar kita dapat mengagak jangka waktu untuk sampai ke lapangan terbang.
Pastikan juga dokumen penting seperti tiket dan pasport anda tidak tertinggal atau mudah dicapai. Jangan sampai teiba-tiba dokumen tersebut disimpan dalam bagasi pula.
Ubatan dan supplement
Nampakia seperti perkara remeh tetapi ia juga satu item penting dalam anda merancang percutian. Ubat ini amat penting terutama anda yang perlu amngambilnya secara berjadual. Pastikan ubat anda cukup untu tempoh percutian.
Selain ubatan, supplement juga penting agar anda sentiasa cergas, cerdas dan bertenaga. Ia juga membantu anda kekal sihat. Pilihlah supplement yang mesra travel dan mampu memberi impak yang besar kepada kesihatan diri.
walaupun bercuti,youth tetap bersama |
Tukar wang
Anda melancong ke negara luar? tips travel ini penting untuk anda. Pastikan anda telahpun menukarkan wang mengikut matawang negara yang anda kunjungi. Anda tak perlukan wang tunai yang banyak tetapi pastikan wang anda mencukupi untuk kegunaan anda di sana.
Jika anda belancong ke luar negara, pastikan kad bank anda boleh melakukan transaksi untuk luar negara. Aktifkan di bank jika anda belum mempunyai atau melakukannya.
Muat turun aplikasi penting
Tips travel ini juga penting untuk anda. Pastikan anda memuat turun sebarang aplikasi penting yang boleh digunapakai ketika melancong.
Aplikasi aplikasi yang dimuat turun ini akan membantu melancarkan percutian anda nanti seperti tempahan hotel, tempat makan dan sebagainya yang 'releven' dengan negara yang anda kunjungi.
Semak cuaca
Ini juga penting bagi memastikan percutian anda tidak tergendala. Sebagai contoh,tidak sesuai jika anda hendak melancong ke pantai timur ketika musim tengkujuh. Itu menempah maut namanya. Mungkin tidak berlaku banjir tetapi jika hujan turun sepanjang hari ia akan membantutkan aktiviti anda.
Insurans perjalanan
Ini juga tips travel terpenting yang perlu anda lakukan terutama jika anda travel ke negara luar. Pastikan anda membeli pelan insurans perjalanan agar anda dilindungi jika berlaku sesuatu yang tidak diingini.
No comments:
Post a Comment
Komen anda keutamaan kami untuk menjadikan kami lebih teguh dan terbaik