Pages

Thursday, April 13, 2023

Tips Kurus Dengan Cepat Dan Sihat

 



Kebanyakan orang sangat obses untuk kurus hingga membahayakan diri. Mereka sanggup lakukan apa saja malah sanggup makan produk kurus tanpa mengambilkira risiko yang akan dihadapi. 

Sebenarnya tiada jalan pintas untuk kurus. Setiap orang perlu melalui proses yang mengambil tempoh masa tertentu dengan disiplin yang tinggi. Untuk mencapai matlamat kurus bukanlah satu perkara mudah namun ia bukan mustahil. Hari ini Mas kongsikan tips kurus dengan cepat dan selamat yang boleh diamalkan tetapi masih lagi terikat rapat dengan disiplin. 


Tips kurus cepat dan sihat

Mas kongsikan petua orang lama yang telah diamalkan sejak dulu lagi. Cara ini seringkali diamalkan oleh mereka yang baru lepas bersalin bagi mengembalikan perut ke bentuk asal disamping menghilangkan kedutan ketika hamil. 

Limau Nipis & Kapur Sirih

Bahan asasnya adalah limau nipis dan kapur sirih. Perah air limau ke dalam piring atau mangkuk, campur dengan kapur sirih dan gaul hingga sebati. Lumurkan ramuan tersebut ke perut dan balut perut dengan sehelai bengkung. Lakukan setiap malam sebelum tidur.

Minyak Kelapa

Tanak kelapa hingga menjadi minyak. Sejukkan, kemudian sapu ke perut. Biarkan seketika selama 10 minit. Kemudian bilas. Amalkan setiap hari.

Limau Nipis & Air



Air limau boleh bantu menurunkan berat badan. Hanya sediakan dua biji limau nipis / lemon / limau kasturi setiap hari, perah airnya ke dalam gelas yang berisi air dan simpan di dalam peti sejuk. Jadikan ia air minuman setiap kali selepas  makan tengahari dan makan malam.

Tetapi untuk lebih mudah, pantas dan enak, boleh ambil atau amalkan Performance Drink Shaklee (PD) atau dikenali juga dengan air basikal. PD ini ada 2 perisa iaitu Lemon-Lime dan Oren. 



Selain daripada petua lama, kita juga boleh amalkan panduan pemakanan yang turut membantu menguruskan badan dengan cepat dan sihat. 


Kurangkan Pengambilan Karbohidrat

Karbohidrat yang tinggi boleh meningkatkan berat badan akibat daripada lebihan gula yang tidak digunakan terutama jika mengamalkan pemakanan yang tidak seimbang dan kurang bersenam.


Makan Lebih Banyak Protein

Protein membantu meningkatkan kadar metabolisma yang membantu pembakaran 80-100 kalori setiap hari selain daripada mengurangkan selera makan dan mengurangkan hormon ghrelin yang menyebabkan rasa lapar. Antara sumber protein yang baik adalah daging lembu, ayam, ikan, telur, susu, keju dan kekacang seperti soya.

Protein soya ESP merupakan pilihan yang terbaik kerana ia mengandungi 14g pritein bagi setiap hidangan, index glasimek yang rendan dan mengandungi 9 asid amino dan bukan bukan GMO. Esp juga sesuai untuk mereka yang sensitif terhadap laktosa.

Bagi mempercepatkan lagi proses penurunan berat badan, set kurus shaklee amat sesuai kerana ia bukan sahaja bantu anda kurus dengan cepat malah bantu anda kekal cantik dan sihat. Inshaallah.



Bersenam dan bersukan

Bagi mempercepatkan lagi pembakaran kalori, anda perlu juga bersenam atau bersukan. Namun pastikan senaman yang anda lakukan itu bersesuaian dengan tahap kemampuan anda.

Tidak perlu senaman atau sukan yang ektrem tetapi pastikan anda bersenam secara konsisten sekurang-kurangnya 30 minit sehari.Jika anda menghadapi kekangan masa untuk bersenam. anda juga boleh meningkatkan aktiviti yang lebih aktif bagi membantu pembakaran kalori tubuh anda.

Nak dapatkan lebih banyak tips bagi menyelesaikan masalah anda, Mas sedia membantu. Anda hanya perlu klik gambar di bawah.






#blogmegashaklee
#shakleethirive2023
#shakleetriumph2023
#cikgumasshaklee
#artamiempire
#barangbaikkenakongsi









No comments:

Post a Comment

Komen anda keutamaan kami untuk menjadikan kami lebih teguh dan terbaik

Vitamin E mencantikkan kulit

Vitamin E mencantikkan kulit? selalunya orang heboh mengatakan vitamin C untuk kecantikan kulit. Jarang sangat dengar Vitamin E baik dan ama...