Pages

Wednesday, May 31, 2023

KEJAYAAN PASTI MILIK KITA JIKA.....

Semua orang ingin berjaya dalam bidang yang mereka ceburi tetapi untuk berjaya, pastikan kejayaan itu diredhai oleh Allah s.w.t. Selagimana kita menjaga hubungan dengan Allah dan manusia, Dia pasti akan makbulkan impian kita seiring dengan redha-Nya. Allah telah memberikan motivasi kepada kita dengan janji-Nya;


Firman Allah SWT yang bermaksud:

“Dan sesiapa yang bertaqwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya), nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya)”

Surah At-Talaaq: 2

Kejayaan tak datang bergolek 

Untuk berjaya, kita perlu berusaha dan tiap usaha kita pasti Allah akan berikan ganjaran. Dalam usaha itu perlu ada kesabaran dan sabar pula pasti akan disulami dengan cabaran dan dugaan kerana Allah ingin menguji kesabaran dan ketekunan kita sebelum Dia kurniakan kejayaan.  

Oleh itu bersangka baiklah denganAllah dan berdamailah dengan takdir. Jadikan ia sebagai motivasi untuk kita berjaya. 



Beberapa perkara perlu kita ambilkira dan hadapinya dengan tenang jika kita inginkan kejayaan itu menjadi milik kita.


1. Percaya kepada potensi diri

Jangan mudah mengalah dan merendah diri tidak bertempat. Setiap manusia mempunyai potensi diri. Berikan peluang untuk diri kita menyerlahkan potensinya. 



2. Tetapkan matlamat dan impian

Tentukan matlamat dan pasanglah impian setingg gunung kerana orang yang berjaya adalah orang yang berimpian besar. Dia akan berusaha gigih untuk jadikan impiannya sebagai satu kenyataan. 


3. Berani harungi cabaran 

Jangan jadikan cabaran itu sebagai pematah semangat  tetapi jadikan ia sebagai batu loncatan. Cabaran itu adalah peluang untuk kita bertindak. Jangan sesekali sesakkan fikiran dengaan masalah dan bilangan cabaran yang perlu dihadapi tetapi fokuskan pemikiran untuk terus melangkah ke hadapan. 


Lambat atau cepat kejayaan itu pasti menjadi milik kita jika kita tidak putus asa dan terus berjuang. Apabila kita merasakan semakin lemah, carilah mereka yang boleh menaikkan kembali semangat atau bacalah kata-kata motivasi yang boleh mengingatkan kembali matlamat dan impian kita. 

Bukan susah nak susah dan bukan senang nak senang.


 

#blogmegashaklee
#shakleethirive2023
#shakleetriumph2023
#cikgumasshaklee
#artamiempire
#barangbaikkenakongsi



Friday, May 26, 2023

BUAT DUIT DENGAN MOBILE SPA BOTG

Sebelum ni Mas ada kongsikan entry berkaitan pilihan Part Time Job dan juga Kelas Bisnes Facial yang dikendalikan oleh team kami yang hebat iaitu Beauty On The Go (BOTG). 



Kali ini Mas nak kongsikan testimoni buat duit dengan mobile spa BOTG. Mereka bertindak bijak dengan menjalankan bisnes Mobile Spa BOTG sebaik sahaja selesai mengikuti kelas facial yang disediakan. Anda bila lagi?.




Mereka ini telahpun dapat pulangan hebat tanpa mengeluarkan modal yang besar. Bisnes murah, rendah risiko dan flaksibel ini sangat mesra wanita kerana walau anda berkerjaya, pelajar atau surirumah, anda tetap boleh lakukannya dengan mudah. 

Mari kita lihat apa kata mereka dengan bisnes Mobile Spa BOTG ini. 







Bukan sahaja mereka malah kami juga teruja melihat mereka dapat menjana pendapatan walaupun hanya secara sambilan tetapi jika mereka lebih rajin, tak mustahil pendapatan mereka melebihi gaji bulanan. 


Masih belum terlambat untuk anda menjadi seperti mereka. Jom sertai team BOTG kami dengan hubungi Mas secara terus atau klik gambar di bawah untu pautan whatsapp. 




#kursusspamurah
#spashaklee
#mobilespa
#mobilespamalaysia
#kelasspaonline 
#cikgumasshaklee
#artamiempire
#barangbaikkenakongsi



RENEWAL SHAKLEE - MUDAH DAN PERCUMA

KEAHLIAN SHAKLEE SEUMUR HIDUP. Ye betul tetapi kita perlu menjadi ahli yang aktif. Maksud ahli aktif adalah kita membuat pembelian secara berkala. Untuk menjadi aktif tidak semestinya kita menjadi penjual tetapi cukup sekadar untuk makan sendiri saja. 

Keahlian ini kita perlu renew setiap tahun bagi mengaktifkan keahlian kita. Ramai orang yang keliru dan salah anggap dengan masalah ini. Tak perlu pening kepala. Mari Mas terangkan cara renewal membership Shaklee yang mudah tanpa sebarang bayaran. Anda peniaga shaklee atau makan sendiri, caranya tetap sama.

Berapa tempoh aktif ID Shaklee? 

Setiap ahli akan menerima Identity Distributor (ID) dan ia sah laku atau aktif dalam tempoh setahun.


Langkah mengaktifkan ID 

ID kita akan tamat tempoh atau expired mengikut tarikh lahir.  Kita hanya perlu mengikut 2 langkah mudah berikut tanpa sebarang bayaran tambahan.

1. Beli sahaja mana-mana produk shaklee tanpa mengira harga atau bilangan produk. 

2. Pastikan anda membuat pembelian 3 bulan sebelum atau 3 bulan selepas tarikh expired iaitu tarikh lahir anda. 


Apabila pembelian telah dibuat, secara automatik keahliah anda telah direnew. Anda hanya perlu membayar harga produk dan kos pos jika ada tanpa dikenakan sebarang bayaran tambahan. 

 

Siapa yang perlu renewkan membership? 

Upline anda boleh antu anda untuk renewal membership anda tetapi Mas amat sarankan anda renewkan sendiri. Juga semudah ABC. Anda boleh pilih cara di bawah;

1. Layari laman web shaklee dengan menggunakan ID dan password anda sendiri dan beli sebarang produk secara online.

2. Pergi ke mana-mana branch shaklee dan buat pembelian produk di sana. 

Apapun kaedah yang anda pilih samada cara 1 atau 2, anda perlu ingat nombor ID anda. Jika anda terlupa boleh hubungi upline anda atau orang yang mendaftarkan anda sebagai ahli shaklee. 

Mudahkan? bagi sesiapa yang daftar di bawah Mas, biasanya Mas akan bantu dan guide cara renew


Anda berminat mendaftar ahli shaklee dengan Mas atau nak mulakan bisnes shaklee bersama team Artami Empire boleh  daftar sendiri di link ini atau hubungi Mas. Mas sedia membantu anda. Klik sahaja gambar Mas di bawah untuk pautan whatsapp.




#blogmegashaklee
#shakleethirive2023
#shakleetriumph2023
#cikgumasshaklee
#artamiempire
#barangbaikkenakongsi




 

Thursday, May 25, 2023

VITAMIN PERCUMA DENGAN CASH REBATE SHAKLEE

Program RAHMAH pun orang suka apatah lagi dengan barangan percuma, memang ramai yang suka tambahan pula ia adalah barangan yang berkualiti tinggi. 

Siapa sangka hanya dengan kongsikan manfaat vivix dan vitamin shaklee yang lainnya, Mas bukan sahaja dapat makan vitamin percuma malah turut dan cash rebate.


Pada awal penglibatan Mas dalam Shaklee, memang tak menyangka ia benar-benar berlaku dan Mas alaminya sendiri. Mula-mula dulu kurang faham dan kurang percaya bila dikatakan kita makan vitamin Shaklee, kita akan dapat makan vitamin percuma. Rupa-rupanya ia adalah benar dan benar belaka. Bukan sahaja makan vitamin percuma tetapi juga dapat cash rebate.

Bagaimana nak makan vitamin percuma?  

Awal mula dulu Mas mulakan dengan minum vivix sebab Mas susah nak makan ubat dan jamu. Bila badan dah makin berusia, Mas perlu cari sesuatu untuk kekalkan kesihatan badan tambahan pula Mas perlu uruskan suami yang kurang sihat dan anak-anak yang masih bersekolah. 

Selain itu, suami Mas juga ambil vivix untuk masalah gout dan usaha penyembuhan luka pembedahan yang telah dia jalani. MasyaAllah dengan izin Allah, vivix sangat membantu masalah kami. Bermula daripada itu, Mas kongsikan dengan rakan-rakan manfaat vivix apabila mereka bertanya bagaimana luka suami Mas berjaya sembuh dengan cepat. 


Tanpa sedar, setiap pembelian yang Mas telah melayakkan Mas mendapat cash rebate yang juga dikenali sebagai bonus bulanan. Jumlah cash rebate ini pula Mas dapat melebihi daripada jumlah pembelian vitamin setiap bulan. Seolahnya, Shaklee telah mengembalikan wang yang Mas keluarkan untuk membeli vitamin. Inilah yang dikatakan makan vitamin percuma. 

Inilah konsep asas Shaklee iaitu Use, Share, Build (USB). Apabila kita dah guna, sebarkan kepada orang lain agar mereka juga dapat manfaat, daripada situ kita membina jaringan dan akan sama-sama nikmati kesihatan, cash rebate Dan vitamin percuma bersama. 


Setiap produk Shaklee ada mata ganjaran yang kita kumpul dan ditebus pada setiap bulan. Lagi besar mata ganjaran terkumpul, lagi besar bonus atau cash rebate yang akan diperoleh. 

Bagaimana nak sertai kami? Hubungi Mas dengan klik gambar di bawah atau daftar secara kendiri di sini. 



#blogmegashaklee
#shakleethirive2023
#shakleetriumph2023
#cikgumasshaklee
#artamiempire
#barangbaikkenakongsi



Thursday, May 18, 2023

Youth Skincare Shaklee - Cinta Pandang Pertama

Penjagaan wajah memang sinonim dengan wanita sebab di mana ada wanita, disitu ada kecantikan. Cantik dan wanita memang tak dapat dipisahkan. Sebab itulah ramai wanita ke spa untuk merawat wajah dan tubuh.

Agak berlainan dengan Mas. Paling malas dan tak suka adalah jaga wajah. Terasa ianya cerewet dan merimaskan. Tak selesa dengan tepekan pelbagai macam di muka. Cukup sekadar secalit lipstik dan selapis bedak compact. 


Sebenarnya Mas tak berapa percaya dengan sebarang produk terutama produk yang perlu diletakkan di kulit wajah walaupun sekadar pencuci muka.  

Jatuh cinta dengan YOUTH Skincare

Segalanya bermula pada tahun 2020 dan ia pengalaman pertama mobile spa.  Segalanya bermula pada tahun pertama Mas mengenali dan memulakan bisnes Shaklee. Ketika itu Mas hanya mengamal dan menjual vivix. Alhamdulillah Mas berjaya mencapai rank up Supervisor. 

Di sinilah Mas mula mengenali Youth apabila upline Mas menghadiahkan pakej facial spa yang menggunakan 100% produk youth sckincare atas kejayaan yang telah Mas kecapi. 

Kali pertama Mas menggunakan youth dan terus jatuh cinta yang mendalam. Youth bukan sahaja produk yang selamat malah ia produk beyond organik. 

Kulit Kusam tiada lagi

Disebabkan Mas tidak pernah menggunakan sebarang produk di wajah malah tidak menitikberatkan kesihatan kulit menyebabkan kulit muka Mas kusam, berjeragat dan kasar. 

Namun apabila Mas membuat facial menggunakan youth, walaupun kali pertama tetapi ia telah memberikan impak yang sangat baik. 

Kini youth menjadi teman setia Mas walau ke mana sahaja

* Youth telah membantu memperbaiki dan mencerahkan kulit kerana ia mengandungi vitamin C dan E yang sangat diperlukan bagi melawan radikal bebas bagi membantu menperbaiki kusam kusam.


* Youth bukan sahaja merawat kulit wajah secara luaran tetapi ia juga merawat hingga ke akar kerana youth diperkaya dengan nutrisi  dalam setiap produknya seperti kolagen dan asid hiauronik dan antioksidan. 

Nutrisi ini amat membantu bagi mengurangkan dan mengawal tanda-tanda penuaan. Oleh itu bagi pengguna youth skincare, tidak mustahil bagi mereka kelihatan awet muda ditambah lagi jika mereka turut mengamalkan set cantik premium yang terdiri daripada ESP, vitamin C, Omega, Vivix dan kolagen. 

* Bukan itu sahaja tetapi youth juga dilengkapi dengan pelindungan sinar UV bagi melindungi kulit wajah daripada bahaya sinaran UV . Oleh itu ia dapat mengurangkan risiko pigmentasi dan kulit kusam. 


* Selain itu, youth juga mengandungi bahan-bahan yang membantu melembabkan kulit agar ia sentiasa segar dan menghasilkan kulit yang lebih mulus, lembut dan licin.  


Apa yang membuatkan Mas lebih teruja lagi adalah, dengan youth ini juga Mas kini boleh menjana duit hari-hari apabila Mas memberikan khidmat mobile home spa BOTG (Beauty On The Go). 

Mas yang dulunya mengabaikan penjagaan wajah kini Mas semakin bijak mengurus dan menggayakan produk youth setelah mengikuti kelas bisnes Home Mobile Spa BOTG

Kelas ini menyediakan latihan amali dan ia terbuka kepada sesiapa sahaja yang berminat dengan penjagaan wajah dan ingin membuka mobile spa dengan modal yang mampu milik dan fleksibel. 

Anda berminat membuka spa dengan modal yang rendah tetapi berikan pulangan yang besar? klik gambar Mas di bawah dan Mas akan bantu anda mencapai impian yang telah lama anda idamkan. 



#kursusspamurah
#spashaklee
#mobilespa
#mobilespamalaysia
#kelasspaonline 
#cikgumasshaklee
#artamiempire

#barangbaikkenakongsi 

Sunday, May 14, 2023

Set Hello New Tou : Apa kata mereka?


Ramai orang yang nak kurus dan mereka berusaha pelbagai cara untuk kurus. Tujuannya juga bergantung kepada individu. Ada yang nak kelihatan cantik menawan dan ada juga untuk menjaga kesihatan. Apa pun tujuannya, biarlah dengan cara yang betul agar sihat dapat, cantik pun dapat. 

Antara usaha yang ramai lakukan adalah intermittent fasting tapi untuk dapatkan kesan yang maksimum, caranya juga biarlah dilandasan yang betul terutama dari segi pengambilan produk dan gaya pemakanan. 

Set Hello New You antara produk yang menjadi pilihan ramai. Ia bukan sahaja bertujuan menurunkan berat badan tetapi ia turut melengkapkan nutrisi tubuh. Mereka yang telah mengamalkan set Hello New You mengakui bahawa ia adalah set pilihan bijak. 



Ramai orang yang salah faham dengan diet dan mereka terperangkap dengan istilah menurunkan berat badan hingga mengabaikan kesihatan. Mereka beranggapan diet tidak boleh makan itu ini malah sanggup mengikat perut hingga mendatangkan mudharat seperti kurang darah atau gastrik. 


Hello New You telah banyak membantu mereka yang ingin menurunkan berat badan dan mendapatkan kesihatan. Mereka berjaya dapatkan diri mereka yang baru. hidup lebih sihat dan berkualiti. 




Klik gambar Mas di bawah untuk dapatkan set Hello New You anda hari ini. 
 





#blogmegashaklee
#shakleethirive2023
#shakleetriumph2023
#cikgumasshaklee
#artamiempire
#barangbaikkenakongsi








  



 

Saturday, May 13, 2023

KELAS BISNES FACIAL TERKINI BOTG

 Masih tercari-cari part time job yang faksibel, murah tapi lumayan? 

Seperti yang Mas katakan di entry sebelum ini, KHIDMAT PELANGGAN adalah part time job yang high demand.  Zaman sekarang adalah zaman berkejaran, masing-masing mengejar masa dan sentiasa sibuk menyebabkan mereka perlukan bantuan daripada pihak ketiga bagi mengatasi masalah mereka. 


So, inilah peluang yang perlu kita rebut. Antara servis yang boleh kita lakukan adalah spa bergerak iaitu bisnes Home and Mobile Spa . Ia tidak terikat dengan masa samada masa kita atau masa pelanggan. 

Ramai wanita ingin kelihatan cantik tetapi ramai antara mereka yang menghadapi kekangan masa untuk menjaga kecantikan apatah lagi mengunjungi spa. 

Dengan Home and Mobile Spa, kita yang datang kepada mereka mengikut ruang waktu yang mereka pilih. Ia boleh dilakukan di mana-mana sahaja samada di rumah atau lain-lain tempat yang sesuai. 

Anda tidak ada pengalaman? 

Jangan risau, Mas dan team ada menyediakan kelas bisnes facial untuk anda sertai. Pakej yang disediakan oleh Team Beauty On The Go (BOTG) adalah mampu milik dan pratikal. 


Apa istimewanya Kelas Facial BOTG? 

1. Kursus Spa yang praktikal dan flaksibel. 

Biasanya kita terpaksa mengikut jadual penganjur tapi bersama kami, boleh kawtim. Anda sibuk? kita selak kalander dan cari waktu yang sesuai. Anda surirumah? Jangan risau, bawa sahaja anak bersama ketika menjalani kursus. 

2. Training cepat dan mudah. 

Kursus diberikan oleh mereka yang berpengalaman dengan teknik yang mudah dan pantas. Kaedah face to face akan membuatkan anda mudah faham dan boleh berinteraksi.

3. Barang asas Spa disediakan

Kurus adalah dalam bentuk praktikal dan barang asas spa turut disediakan. Anda boleh memulakan bisnes sebaik sahaja tamat kursus. 

4. Produk Lengkap

Bukan sahaja barangan asas spa tetapi produk lengkap juga telah tersedia. Produk ini adalah organik dan dijamin selamat.

5. Modul BOTG terbaik 

Modul Home and Mobile Spa BOTG telah disusun dengan teliti oleh mereka yang berpengalaman membuat ia difahami dan dapat diapply secara terus sebaik sahaja tamat kursus. 

6. Sijil penyertaan kursus

Turut disediakan sijil bagi menyatakan penyertaan dan telah tamat kursus.


7. Ilmu Spa 

Jaminan peluang memperoleh pendapatan hari-hari dengan ilmu yang telah dibekalkan. Ilmu ibarat "magnet wang". Bila berilmu, kita boleh gunakannya untuk menjana pendapatan. 

8. Support Group

Anda tidak dibiarkan keseorang setelah tamat kursus tetapi kami mempunyai support group dan mentor sentiasa bersama untuk berikan bimbingan secara berkala.  

9. Kelas Nutrisi

Kecantikan bukan sahaja diluaran tetapi juga dalaman. Oleh itu alumni BOTG turut diberikan kelas nutrisi bagi mengekalkan kesihatan dan kecantikan. Kelas ini akan diberikan oleh our Certified Nutritionist agar Beautician BOTG sentiasa berilmu dan bijak dalam mengekalkan kesihatan dan kecantikan dalam dan luar. 


Pakej BOTG 2023 

Pakej bagi kursus Home and Mobile Spa BOTG sesi 2023 ini berjumlah RM1999. Dalam pakej ini telahpun dilengkapi dengan;

*Full set of Youth Skincare 

*Natural Scrub

*Natural Masker 

*Additional of 2 types of Mask (Gold & Clay)


Bukan sekadar itu sahaja tetapi turut juga disertakan dengan; 

*Beg Spa

*Trial kit Spa

*Ion massage 

*Sijil penyertaan 

*Hardcopy module 


Home and Mobile Spa BOTG ini mendapat sambutan hangat kerana ini mampu memberikan pulangan lumayan dan duit hari-hari. Kami akan bantu anda dapatkan kembali modal yang telah dikeluarkan dan dapatkan cash keuntungan berganda. 


Jom kekalkan kecantikan dari wanita  untuk wanita. 

Terus hubungi Mas dengan hanya klik gambar di bawah 


#kursusspamurah
#spashaklee
#mobilespa
#mobilespamalaysia
#kelasspaonline 


Tuesday, May 9, 2023

HARI RAYA VS RUMAH TERBUKA

Hari Raya adalah hari untuk kita bersukaria dan raikan kegembiraan bersama keluarga. Tahun 2023 rata-rata kita semua seperti melepaskan geram setelah 2 tahun beraya dalam PKP dan tiada rumah terbuka atau open house. Begitu juga dengan keluarga Mas. Kami bukan saja beraya dalam PKP tetapi kami seperti double PKP. Sebenarnya ujian ini bermula 2019 tapi ia berlanjutan dan kemuncaknya 2022. 


Gambar terakhir sebelum asben tidak lagi boleh berjalan.
Gambar sempena kami berjaya mencapai Coordinator dan Car Bonus  

Bermula 2019, asben Mas keluar masuk hospital dan menjalani 4 pembedahan. Ujian ini memang sangat menguji kami sekeluarga. Namun syukur, disebalik ujian ini kami dijemput menunaikan umrah pada tahun 2022 walaupun terpaksa menjalani ujian yang sangat besar.

Dua minggu sebelum berangkat, anak bongsu kami disahkan positif covid dan kami sekeluarga dikuarantin. Masalahnya setiap simptom covid tidak berlaku kepada anak tetapi ada pada asben Mas walaupun setelah ditest beberapakali dia tetap negatif. 

Selama dua minggu itulah dia terlantar lesu dan mula tidak boleh bergerak tapi dibibirnya tak lekang menyebut dia tetap mahu menunaikan umrah dan bertemu dengan Rasulullah. Sehari sebelum berangkat, ujian RTKnya tetap negatif. Alhamdulillah.

Seawal pagi sebelum berangkat, kami pergi ke hospital berdekatan untuk mengambil suntikan kerana beranggapan dia tak boleh bergerak disebabkan goutnya tapi tanpa kami sedar sebenarnya simptom covid itu telah menyerang buah pinggangnya.

Tetapi apabila Allah kata "Engkau adalah tetamuKu" maka tiada siapa boleh menghalang. Alhamdulillah kami selamat terbang ke Mekah dengan penuh kepayahan sepanjang perjalanan tapi janji Allah itu pasti - BERSAMA KESUSAHAN ITU ADA KESENANGAN. Allah hadirkan insan-insan mulia bagi membantu kami. Allamdulillah. 

Tiada masalah yang tidak boleh diselesaikan. Yakinlah kepada-Nya

Allah izinkan asben Mas menunaikan ibadah umrah wajib sebelum dia direhatkan selama 5 hari di ICU Mustasyfa King Faisal. Bermulalah juga Mas bersendirian di bumi Mekah sementara menunggu jemaah lain datang setelah jemaah kami perlu bergerak ke Madinah. Pengalaman pertama seumur hidup tapi Allah mudahkan segalanya. Alhamdulillah. Ya Allah... rindunya pengalaman itu. Berseorangan tetapi terasa sentiasa berteman. Allah ada dan DIA sentiasa ada bersama. 


Pengalaman bersendirian di Bumi Mekah tetapi terasa berteman.
Alhamdulillah dapat berulang alik ke hospital tanpa masalah 
walaupun menggunakan bahasa ayam dan itik.
Syukur tahu juga berbahasa arab walau sepatah dua.  


Penat? Allah tak izinkan, DIA bekalkan tenaga dan kekuatan buat Mas. Sementelah itu Mas juga ada membawa ResV, vitamin c, OsteNutrix dan Omega selain ESP yang Allah jadikan sebagai asbab Mas sentiasa bertenaga untuk berulang alik dari Masjidil Haram  ke hospital malah diizinkan juga menunaikan ibadah di hadapan kaabah. Alhamdulillah. 


Bekalan supplement Shaklee sepanjang berada di Tanah Haram

Asben Mas disahkan kerosakkan buah pinggang secara total. Sekelip mata! Dia perlu didialisis tapi kami memilih untuk melakukannya di tanah air. Ujian bertimpa. Dialisis + berkerusi roda. Asben Mas down dan dia perlukan sokongan yang kuat daripada kami sekeluarga. 

Raya 2022 seperti tiada makna. Tiada gelak tawa dan tiada rumah terbuka. Bukan sahaja rakan sekerja atau jiran tetangga malah saudara mara juga tidak dialukan ke rumah kami. Bukan menyombong tetapi menghormati asben yang masih keliru dan dalam proses menerima kenyataan bahawa dia pesakit ginjal dan dia kini berkerusi roda. 

Bukan mudah untuk menerima perubahan besar dalam hidup

Alhamdulillah memang sejak 2019 kami mengamalkan vivix dan ResV. Asbab ResVivix juga luka pembedahan asben cepat sembuh dan kami teruskan pengambilan ResVivix sehingga kini. Nampak sangat banyak perkembangan positif. Asben semakin ceria dan bertenaga. Kakinya juga semakin kuat dan dia kini boleh bertatih dan inshaallah moga dia diizinkan kembali berjalan. 

Lebih menggembirakan kini asben telah boleh memandu dan dia telah mula ingin bergaul dengan masyarakat sekeliling. Raya 2023 menjadi lebih ceria dan kami sedia menerima tetamu. Bukan sahaja kami menziarahi saudara mara malah kami juga membuat rumah terbuka. 

Terlalu banyak hikmah atas setiap apa yang berlaku. Hubungan kekeluargaan kami semakin rapat dan kami pencinta Shaklee. Ingin kami sebarkan manfaat ini kepada mereka yang memerlukan. Setiapkali berkunjung atau dikunjungi ketika hari raya atau rumah terbuka, topik manfaat Shaklee terutama ResVivix dan yang lainnya sentiasa meniti dibibir kami. 
Anda mahukan Shaklee? Klik saja gambar kami di bawah dan kami sedia membantu anda.  



Alhamdulillah atas segala nikmat-Nya







#blogmegashaklee
#shakleethirive2023
#shakleetriumph2023
#cikgumasshaklee
#artamiempire
#barangbaikkenakongsi
 

Saturday, May 6, 2023

Mencari Part Time Job Terbaik

Part time job bukan lagi pilihan tapi dah jadi keperluan. Apa saja yang kita lakukan samaada secara kecilan atau besar, semua ini disebabkan faktor ekonomi keluarga. 

Kadangkala kita rasa kita saja suka-suka atau nak isi masa lapang tapi tanpa kita sedar sebenarnya tetap berbalik kepada faktor utama - menambah pendapatan. 

Walaupun seseorang itu telah ada kerja hakiki atau seorang suri rumah yang ingin duit poket sendiri atau membantu suami tingkatkan pendapatan isi rumah, part time job menjadi pilihan. 

 Waktu Kerja Yang Fleksibel

kerja yang lebih fleksibel menjadi pilihan 

Masalahnya apakah part time job yang boleh dilakukan terutama bagi mereka yang sibuk tetapi tetap perlukan income tambahan? 

Pilihan yang bijak ialah kerja sampingan yang fleksibel. Boleh dilakukan oleh sesiapa saja, di mana-mana dan pada bila-bila masa.   

Pilihan memang banyak  tetapi bijakkah kita dalam memilih? Walaupun ia hanya kerja sampingan tetapi beberapa faktor juga perlu diambilkira seperti modal, masa, cara perlaksanaan dan risiko yang bakal dihadapi.

Income Besar Dengan Bisnes Services 

Income 6 penjuru daripada Mobile Home Spa BOTG 

Bisnes servis adalah salah satu part time job yang mendapat permintaan ramai. Perkhidmatan mencuci rumah, penghantaran makanan, home tutor atau apa sahaja perkhidmatan yang memudahkan pelanggan termasuklah Mobile Home Spa.

Mobile Home Spa BOTG  kini semakin mendapat sambutan hangat kerana perkhidmatan Spa bergerak ini bersifat fleksibel dan mengikut kelapangan pelanggan. Ia boleh dilakukan pada bila-bila masa dan di mana sahaja tanpa memggangu kerja hakiki.  

Bukan itu sahaja tetapi Mobile Home Spa BOTG ini juga mempunyai support group, latihan amali malah ia juga menggunakan produk organik berkualiti dan terjamin. 

Latihan amali daripada jurulatih terlatih 

Mobile Home Spa BOTG ini bukan sahaja mudah malah ia mesra insan. Siapa pun anda samada seorang surirumah atau wanita berkerjaya, Part time job mobile spa BOTG adalah pilihan bijak yang tak perlu dilepaskan. 


#kursusspamurah
#spashaklee
#mobilespa
#mobilespamalaysia
#kelasspaonline